PETALING JAYA: Reman lelaki yang ditahan kerana disyaki merogol anak jirannya berusia 13 tahun di Bandar Tasik Puteri, Rawang, minggu lalu disambung lima hari lagi bagi melengkapkan siasatan polis. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, suspek disambung reman bermula kelmarin hingga Khamis ini. “Suspek dijangka dituduh dalam minggu ini, dan kita akan memaklumkan semula tarikh pertuduhan nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.…






