Telur Manusia Berjaya Dihasilkan Daripada Sel Kulit Untuk Rawatan Kesuburan
Effi Saharudin
Tahap kesuburan manusia moden semakin berkurangan kerana faktor pencemaran, diet dan berkahwin pada usia lebih lewat berbanding leluhur. Masalah mendapatkan zuriat menjadi lazim dan pelbagai teknik dibangunkan oleh dunia perubatan. Penyelidik dari Oregon Health & Science University (OHSU) melaporkan kejayaan menghasilkan telur manusia yang diubahsuai daripada sel kulit.

Kejayaan OHSU sebelum adalah dianggap mustahil kerana sebelum ini sperma dan telur hanya boleh dihasilkan menggunakan sel tunjang. Menerusi teknik “mitomeiosis” yang menggabungkan proses miosis dan mitosis sel, sel somatik manusia boleh diubah menjadi sel pembiakan.
Nukleus sel kulit dipindahkan ke dalam telur manusia yang didermakan tetapi dengan nukleusnya telah dibuang. Hasilnya ialah satu telur haploid manusia terbentuk yang kemudian boleh disenyawakan dengan sperma bagi tujuan pembiakan. Setakat ini penghasilan embryo manusia masih belum berjaya dilakukan dengan kadar kejayaan sekitar 9% sahaja sebelum proses pembelahan ke peringkat seterusnya terhenti.
Penyelidik berharap menerusi kajian lebih menyeluruh, teknik boleh dibangunkan untuk membolehkan wanita yang kurang subur atau tidak dapat menghasilkan telur sendiri disebabkan rawatan kanser boleh melahirkan zuriat sendiri.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






