Malaysia Oversight

Telekom Malaysia Memperoleh Bekalan Kuasa 280MW Untuk Membangunkan Pusat Data AI Di Johor

By Amanz in January 13, 2026 – Reading time 1 minute
Telekom Malaysia Memperoleh Bekalan Kuasa 280MW Untuk Membangunkan Pusat Data AI Di Johor


Telekom Malaysia Memperoleh Bekalan Kuasa 280MW Untuk Membangunkan Pusat Data AI Di Johor

January 13, 2026
Kecerdasan Buatan

Nazrin

Johor Darul Takzim ialah salah sebuah negeri yang sedang dibangunkan untuk merumahkan banyak pusat data berskala besar untuk pelbagai jenis kegunaan, termasuklah kecerdasan buatan. Terkini, ia dilaporkan bahawa Telekom Malaysia, melalui kerjasama mereka bersama syarikat pusat data Nxera telah menerima berita baik mengenai pembangunan ini.

Ia dilaporkan bahawa TM-Nxera telah berjaya untuk memperoleh bekalan kuasa elektrik sebanyak 280MW daripada Tenaga Nasional untuk fasa pertama projek pusat data mereka, yang akan mula beroperasi seawal tahun ini.

Data Center

Pusat data ini dibina diatas sebidang tanah bersaiz 168,000 meter persegi dan dijangka akan menelan belanja sebanyak RM1 bilion. Sambungan rangkaian internet pusat data ini akan dikuasakan oleh dua buah syarikat telekomunikasi, iaitu Telekom Malaysia dan juga SingTel dari Singapura.

Menurut Mahathir Said, CEO TM-Nxera, pembangunan pusat data ini bukan sahaja sebuah kerjasama untuk membangunkan sebuah pusat data, tetapi juga pemangkin untuk mempercepatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan, awanan dan pelbagai teknologi terbaru oleh pelbagai segmen industri berbeza.

The Edge



Source link