Malaysia Oversight

Telegram Dikemaskini Dengan Kebolehan Memberi Komen Dan Reaksi Dalam Panggilan Video Berkumpulan

By Amanz in October 13, 2025 – Reading time 1 minute
Telegram Dikemaskini Dengan Kebolehan Memberi Komen Dan Reaksi Dalam Panggilan Video Berkumpulan


Telegram menerima kemas kini baharu yang membolehkan pengguna menghantar komen dan reaksi semasa panggilan berkumpulan atau sembang video (Comments and Reactions in Group Calls).

Telegram 001
Comments & Reactions in Group Calls

Ciri ini membolehkan peserta berkongsi pendapat atau bertanya soalan secara terus dengan mesej akan muncul sementara di skrin mirip fungsi komen di TikTok Live. Namun, ia hanya tersedia untuk panggilan kumpulan yang mempunyai kurang daripada 1,000 peserta. Ia bertujuan menjadikan perbualan lebih relevan untuk semua pengguna.

Telegram 002 edited
Liquid Glass for iOS 26

Telegram untuk iOS kini hadir dengan antara muka baharu Liquid Glass (Liquid Glass for iOS 26) yang sepadan dengan iOS 26. Bar navigasi, papan kekunci dan panel pelekat kini menampilkan elemen lut cahaya dengan kesan pantulan dan kilauan yang bergerak mengikut sentuhan jari.

Kemas kini lain termasuk sokongan Notes for Contacts yang membolehkan pengguna menambah nota peribadi pada profil kenalan. Nota ini hanya boleh dilihat oleh pemilik akaun dan dipaparkan di bahagian bawah profil.

Telegram 003 edited
Notes for Contacts

Telegram juga memperkenalkan beberapa ciri tambahan seperti New Profile Color Settings untuk menukar warna latar belakang profil, Suggested Birthdays untuk mencadangkan kenalan menambah tarikh lahir serta Improved Gift Interfaces yang kini lebih menarik. Semua ciri ini tersedia dalam versi terkini aplikasi.

Telegram Blog



Source link