Telefon Hibrid HMD Touch 4G Ialah Antidot Kepada Ketagihan Peranti
Effi Saharudin
Penggunaan telefon melebihi 4 jam sehari dikategorikan sebagai mempunyai ketagihan. Menggunakan kriteria ini, saya dan anda mungkin juga anda jatuh ke dalam kategori ini. Pelbagai cara telah saya gunakan untuk mengurangkan penggunaan telefon tetapi gagal. Penawar kepada isu ini mungkin telefon seperti HMD Touch 4G.

HMD Touch 4G dipasarkan sebagai telefon hibrid oleh HMD kerana ia menggunakan sistem operasi S30+ Touch berasaskan RTOS, spesifikasi kelas permulaan dan masih mempunyai skrin sesentuh. Ia dilengkapi skrin 3.2″ QVGA, cip Unisoc T127, memori 64MB RAM, storan sehingga 128MB dan bateri sebesar 1950 mAh. Ini memberikan hayat penggunaan sehingga 30 jam. Storan pula boleh ditambah sehingga 32GB menggunakan kad microSD.

Kamera belakang hanya sebesar 2MP dengan flash LED dan kamera swafoto pula hanya 0.3MP. Terdapat bicu audio 3.5mm dan kemampuan kalis air IP52. Kerana sistem operasi RTOS digunakan, peranti tidak mempunyai banyak aplikasi yang melalaikan.
Di India HMD Touch 4G dijual pada harga ₹3,999 (~RM 191) sebuah.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






