Malaysia Oversight

Tei dedah dokumen dakwa Kitingan mohon lesen kuari di hutan simpan

By MkiniBM in September 26, 2025 – Reading time 2 minute
Tei dedah dokumen dakwa Kitingan mohon lesen kuari di hutan simpan


Ahli perniagaan, Albert Tei sering tampil dengan pendedahan baru yang mengejutkan. Kali ini, dia mendakwa Timbalan Ketua Menteri I Sabah merangkap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Jeffrey Kitingan, memohon “occupation permit” bagi lesen kuari selama 30 tahun membabitkan kawasan seluas 80 hektar di Hutan Simpan Pulau Banggi.

Menurut Tei, permohonan itu dibuat melalui sepucuk surat bertarikh 6 Disember 2022 yang dikeluarkan oleh kementerian di bawah seliaan Kitingan, ditandatangani sendiri oleh presiden Star itu dan dialamatkan kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

“Kawasan yang dipohon hutan simpan Pulau Banggi diklasifikasikan sebagai hutan simpan kelas 1, hutan simpan yang dilindungi sepenuhnya.

“Di mana pemuliharaan dan perlindungan terhadap spesies dan habitatnya diutamakan, bertujuan untuk melindungi biodiversiti, hutan asal, dan ekosistemnya daripada sebarang gangguan atau aktiviti yang merosakkan,” katanya pada kenyataan.

c19a24038c30d7556f11a15cd38d65e8

Tei berkata Kitingan dalam surat itu turut meminta sokongan serta pertimbangan Hajiji terhadap permohonan tersebut.

Apabila dihubungi untuk mendapatkan maklum balas mengenai dakwaan ini, presiden Star itu berkata: “Saya akan jawab semua ini dalam sehari dua selepas lawatan politik PMX (Perdana Menteri Ibrahim).”

Surat bertarikh 12 Disember 2022 itu turut memuatkan arahan tulisan tangan Hajiji berbunyi: “Sila teliti, tiada halangan jika teratur”, ditujukan kepada Setiausaha Hasil Bumi Sabah.

Malaysiakini juga difahamkan telah menghubungi Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mendapatkan maklum balas.

Peranan proksi dan status permohonan

Menurut Tei, dia berperanan menyediakan sebuah syarikat proksi bagi menghantar permohonan rasmi itu kepada Jabatan Perhutanan Sabah.

Bagaimanapun, butiran syarikat berkenaan telah disunting dalam salinan dokumen yang dikongsi kepada Malaysiakini.

“Peranan saya dalam kegiatan ini adalah untuk menyediakan sebuah syarikat proksi kepada mereka untuk mengemukakan permohonan secara rasmi kepada Jabatan Perhutanan Sabah.

d2f9dce0527ab8ac1759f1d8e0893aff

“Perkara itu masih dalam proses. Tiada surat kelulusan atau penolakan telah diterima setakat ini,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai status permohonan tersebut.

Tei menjelaskan dia mendedahkan dokumen berkenaan sebagai tindak balas terhadap penafian Kitingan bahawa dirinya mahupun pimpinan parti Star pernah terlibat dalam permohonan lesen perlombongan mineral, sambil menggambarkan dirinya sebagai seorang “conservationist” (pencinta alam sekitar).

Surat sokongan, rakaman video

Sehari sebelum itu, Tei turut mendedahkan satu lagi dokumen yang didakwa menunjukkan surat sokongan daripada Kitingan untuk permohonan lesen melombong pasir di Pulau Balambangan yang dikaitkan dengan syarikatnya. Namun, Kitingan enggan mengulas.

94804f60209f61fad3765619e84fe09a

Pada Rabu lalu, Tei turut mengeluarkan rakaman video perbualannya dengan ahli parlimen Keningau itu mengenai dakwaan pembayaran rasuah sebanyak RM1.78 juta kepada ahli politik veteran tersebut.

Bagaimanapun, Kitingan berkata dia tidak dapat mengingati perbualan berkenaan dan mendakwa ia mungkin berkaitan derma politik, selain menafikan menerima wang itu sebagai balasan bagi lesen mineral.

Susulan pendedahan tersebut, Presiden Star itu bersama pembantunya telah disoal siasat oleh SPRM selama beberapa jam.

[Baca berita asal]



Source link