Malaysia Oversight

Tei dakwa difitnah, tuntut pemimpin Gagasan mohon maaf

By MkiniBM in October 30, 2025 – Reading time 2 minute
Tei dakwa difitnah, tuntut pemimpin Gagasan mohon maaf


Albert Tei menuntut Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan), Nizam Abu Bakar Titingan, memohon maaf atas kenyataannya terhadap ahli perniagaan yang disiarkan media pada 24 Okt lalu.

Tei merujuk kepada kenyataan Nizam yang diterbitkan oleh portal FMT yang mendakwa Tei merupakan “dalang” di sebalik skandal perlombongan di Sabah serta telah memohon lesen untuk melombong hampir sejuta hektar tanah melalui 20 syarikat berbeza.

Susulan dakwaan itu, pada 27 Okt, Tei mengeluarkan notis cease and desist melalui firma guaman Abd Halim Ushah & Associates, menuntut Nizam membuat permohonan maaf, menarik balik kenyataannya, serta mengarahkan FMT memadam artikel berkenaan daripada laman web dan akaun media sosial mereka.

Tei turut menuntut Nizam membayar pampasan kewangan dan memenuhi beberapa tuntutan lain berhubung kerugian serta kerosakan terhadap reputasinya akibat kenyataan tersebut. dia juga menuntut Nizam memberi jaminan bertulis bahawa kenyataan itu tidak akan diulangi atau dikeluarkan semula dalam bentuk lain.

faf83930a74fdd8a4f4788db858f8e43

“Anak guam kami (Tei) menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut dan berpendirian bahawa penerbitan berkenaan dibuat dengan niat jahat.

“Kenyataan itu sangat tidak tepat, mengelirukan, tidak menggambarkan fakta sebenar, dan merupakan satu penyelewengan terhadap keadaan yang berlaku,” menurut dokumen tersebut.

Melalui peguamnya, Tei mendakwa Nizam sengaja mengeluarkan kenyataan itu dengan memanfaatkan kedudukannya sebagai pembantu menteri kepada Ketua Menteri Sabah serta jurucakap rasmi Gagasan.

Kenyataan itu, kata Tei merupakan cubaan terancang untuk mengelirukan orang ramai agar mempercayai bahawa tuduhan tersebut disokong atau disahkan oleh Sabah — sekali gus memberi gambaran seolah-olah dakwaan palsu itu telah disahkan secara rasmi.

5454ef9adeca3a68456eccb29ec99dc6

“Kenyataan-kenyataan ini dibuat tanpa mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan berkaitan operasi perniagaan anak guam kami.

“Ia dikeluarkan secara melulu berdasarkan salah faham terhadap keadaan sebenar yang melibatkan anak guam kami, dan kenyataan itu tidak berasas, berunsur gangguan serta sama sekali tidak wajar,” kata firma guaman itu.

Firma tersebut menegaskan mereka akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Nizam sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi dalam tempoh tujuh hari.

Malaysiakini telah menghubungi Nizam untuk mendapatkan maklum balas dan sedang menunggu jawapannya.

[Baca berita asa]



Source link