Malaysia Oversight

Tawaran GRS pada Umno amat menyakitkan hati

By MkiniBM in September 5, 2025 – Reading time 3 minute
malaysiakini logo


Tawaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada untuk hanya bertanding di lapan kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-17 dilihat sebagai sesuatu yang “amat menyakitkan hati”, sekali gus menggagalkan rundingan untuk membentuk gabungan, kata Bendahari Sabah, Salleh Said Keruak.

Jelasnya rundingan dengan GRS menjadi sukar apabila hanya ditawarkan lapan kerusi, meskipun merupakan penyandang di 14 kerusi hasil kemenangan dalam PRN terdahulu.

“Asas rundingan agihan kerusi adalah jelas – kerusi yang dimenangi pada PRN lalu kekal kepada parti asal (incumbency rule).

“Jika ada pertindihan dan pertukaran, ia mesti diselesaikan melalui persetujuan (swap rule). Prinsip ini adil dan logik,” katanya pada satu hantaran di media sosial hari ini.

a6921e2b2c35d888893488ad77b52f22

“Dengar cerita ada seorang pemimpin utama parti komponen GRS yang mengatakan bahawa 8 kerusi itu pun sudah terlalu banyak untuk . Kenyataan seperti ini amat menyakitkan hati kerana ia seolah-olah tidak menghormati serta menafikan sumbangan dan kekuatan BN di Sabah,” katanya lagi.

Pemimpin Umno itu turut menegaskan BN kekal dengan keputusan untuk tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak adil dan merugikan – pendirian yang selari dengan penegasan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN tidak akan berkompromi sekiranya asas fundamental sesuatu gabungan tidak dihormati.

Salleh turut membandingkan rundingan BN sebelum ini bersama Pakatan Harapan (PH), yang menurutnya berjalan lancar sehingga kedua-dua gabungan terus bekerjasama di bawah Perpaduan.

“Sebenarnya, BN sentiasa terbuka kepada perbincangan dengan sesiapa pun dalam suasana muafakat, dengan sentiasa mengutamakan kepentingan Sabah di atas segala-galanya,” katanya lagi.

707351b7bc217a0c1767e63624215cb5

Semalam, Zahid mengesahkan Umno-BN hanya akan bekerjasama secara eksklusif dengan PH bagi menghadapi PRN Sabah akan datang, sekali gus menolak sebarang kemungkinan kerjasama pra-pilihan raya dengan GRS.

Pengumuman itu dibuat di Kota Kinabalu selepas mesyuarat tertutup pada malam Khamis, sekali gus menamatkan spekulasi sama ada akan wujud pakatan tiga penjuru antara BN, PH dan GRS.

Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin, juga secara konsisten menolak sebarang kerjasama pra-pilihan raya dengan GRS, dengan alasan “pengalaman pahit” serta janji yang dimungkiri dalam kerjasama terdahulu.

Kenyataan Zahid itu turut menandakan perubahan daripada pendirian awalnya yang terbuka kepada kerjasama pilihan raya dengan parti lain, sambil menegaskan BN mesti mengekalkan peranan dominan dalam mana-mana gabungan.

b4b4c53f3681469e4d26bc5243194679

Pengumuman semalam dibuat kurang tiga minggu selepas beliau bertemu dengan pengerusi GRS, Hajiji Noor, dan pengerusi Harapan, Ibrahim, pada 18 Ogos lalu.

sebelum ini menyebut bahawa keutamaan dalam rundingan adalah untuk mengelak pertembungan tiga penjuru yang boleh memecahkan blok dan mengelirukan pengundi Sabah.

Namun, sebagai reaksi terhadap pengumuman terbaru Zahid, perdana menteri turut berkata dia menghormati keputusan BN untuk tidak bekerjasama dengan GRS.

Bagaimanapun, tegasnya PH tidak tersepit dengan keputusan itu dan akan terus berbincang bagi mencari penyelesaian.

Sementara BN membingkaikan gabungannya dengan Harapan sebagai eksklusif, Harapan sendiri mengambil pendekatan lebih fleksibel dengan meneruskan perbincangan bersama GRS.

Pada Julai lalu, GRS secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan Harapan, perkembangan yang dilihat menguntungkan Harapan dalam PRN akan datang, di mana kedua-dua rakan gabungan itu tidak akan bertanding di kerusi yang telah dipilih.

Dengan 73 kerusi di Dewan Undangan Negeri, GRS menyatakan ia bercadang bertanding di 55 kerusi, manakala BN pula menyasarkan sehingga 30 kerusi – membuka laluan kepada pertembungan tidak dapat dielakkan antara dua gergasi politik itu di banyak kawasan.



Source link