HANOI: Sekurang-kurangnya lima orang maut di Vietnam selepas Taufan Kalmaegi melanda kawasan tengah negara itu semalam, hanya beberapa hari selepas ribut berkenaan mengorbankan 188 nyawa di Filipina. Menurut Kementerian Alam Sekitar Vietnam, taufan berkuasa tinggi itu membadai wilayah Gia Lai dengan kelajuan angin mencecah 149 kilometer sejam, menyebabkan kemusnahan besar kepada kediaman penduduk dan infrastruktur awam. “Bumbung rumah saya diterbangkan angin. Kami bernasib baik kerana selamat, tetapi taufan ini amat…






