Malaysia Oversight

Tarif Trump: Miti bentang di sidang khas parlimen esok

By MkiniBM in May 4, 2025 – Reading time 1 minute
Tarif Trump: Miti bentang di sidang khas parlimen esok


Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah melakukan persiapan akhir sebelum sidang khas Parlimen berhubung kesan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MITI telah menerima input daripada kementerian dan pihak-pihak terkait, serta pandangan bernas Ahli-Ahli Parlimen daripada Kelab Penyokong MADANI (BBC).

“Esok, kita akan bedah siasat kesannya dan juga tindak balas Malaysia,” katanya menerusi hantaran di platform media sosial X beliau hari ini.

Sidang khas Parlimen pada Isnin bertujuan membincangkan mengenai tarif timbal balik mengejut oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia yang telah mencetuskan kebimbangan kepada dan juga industri.

Sesi itu dijangka menampilkan perbahasan menyeluruh apabila penggubal undang-undang mempertimbangkan implikasi keputusan AS itu serta pilihan diplomatik dan ekonomi yang akan diambil Malaysia.

Sidang khas 5 Mei yang diadakan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim itu akan menjadi platform utama untuk para menteri memberi taklimat kepada Parlimen tentang langkah-langkah yang diambil dan hasil daripada perbincangan dua hala baru-baru ini.

– Bernama



Source link