Malaysia Oversight

Tarif baru 19 peratus AS bukti strategi dan keupayaan Anwar – Pemimpin PH

By MkiniBM in August 1, 2025 – Reading time 2 minute
Tarif baru 19 peratus AS bukti strategi dan keupayaan Anwar – Pemimpin PH


Kadar tarif baru Amerika Syarikat sebanyak 19 peratus ke atas Malaysia merupakan bukti kebolehan dan strategi Perdana Menteri, Ibrahim, kata para pemimpin PH.

Pengarah Dasar Kebangsaan DAP, Chan Foong Hin memuji kejayaan dalam merundingkan kadar tarif tersebut dengan Presiden AS, Donald , yang menyaksikan penurunan enam peratus daripada kadar asal 25 peratus.

Chan, yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, berkata semakan semula kadar itu memberi kelegaan kepada banyak industri tempatan.

“Pada awalnya, Malaysia dikenakan tarif sebanyak 25 peratus – menimbulkan kebimbangan dan menyebabkan ada yang mempersoalkan prestasi PMX. Ramai yang meragui pendekatannya.

“Tetapi minggu ini, semakan kepada kadar 19 peratus membuktikan diplomasi yang tenang dan pendekatan strategiknya membuahkan hasil.

7f0023c938c1b11925754a5d299bbe19

“Pengeluar sarung tangan getah dan pembuat perabot kini menikmati persaingan yang lebih adil dengan rakan-rakan mereka di Asean.

“PMX telah membuktikan strateginya berkesan – dan sudah tiba masanya untuk kita terus menyokongnya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen , Sim Tze Zin turut memuji usaha dan pasukan rundingan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang berjaya menurunkan kadar tarif tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru itu, semakan kadar tersebut akan membolehkan Malaysia mengekalkan kelebihan daya saing di rantau ini, memandangkan negara Asean lain juga menerima kadar yang serupa.

“Apabila semua menerima kadar yang sama, Malaysia akan tetap menonjol kerana kekuatan asas kita seperti kedaulatan undang-undang, kestabilan politik, infrastruktur yang baik dan tenaga kerja berpendidikan.

f1992dde8715041e66c090631e1073fc

“Hasilnya, apabila pelabur mahu melabur di Asean, Malaysia masih akan menjadi destinasi pilihan kerana asas kukuh yang kita miliki,” katanya.

Sim secara berseloroh turut berkata perdana menteri “mungkin telah menggunakan tarikannya” semasa berunding dengan melalui telefon semalam bagi mendapatkan perjanjian baru itu.

Terdahulu hari ini, dilaporkan bahawa AS telah mengenakan kadar tarif baru sebanyak 19 peratus ke atas Malaysia, berkuat kuasa mulai 7 Ogos ini.

Kadar baru itu mewakili pengurangan sebanyak enam mata peratus daripada tarif timbal balik sebanyak 25 peratus yang diumumkan bulan lalu.

Pada 8 Julai, AS mengumumkan tarif menyeluruh sebanyak 25 peratus ke atas semua produk Malaysia, berasingan daripada tarif sektoral sedia ada, dan satu mata peratus lebih tinggi daripada kadar yang diumumkan pada April.



Source link