Rumah Putih bersetuju mengenakan tarif yang lebih rendah – sebanyak 19 peratus – ke atas barangan import dari Malaysia dan berkuat kuasa hari ini.
Pada 7 Julai lalu Washington mengumumkan semua produk Malaysia yang dihantar ke negara itu akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus dan angka itu satu peratus lebih tinggi berbanding tarif yang diumumkan mereka pada April.
Bagaimanapun, Washington menyatakan, tiada tarif akan dikenakan sekiranya Malaysia – atau syarikat Malaysia – memutuskan untuk membangunkan atau menghasilkan produk mereka di AS.
Malaysia mengadakan rundingan dengan Washington mengenai tarif berkenaan sejak April dengan matlamat agar ia dikurangkan daripada 24 peratus yang dikenakan sebelum ini.
Rundingan terkini telah diadakan pada 18 Jun lalu.
– Bernama