Malaysia Oversight

‘Tanpa penyapu pun BN tewas di Selangor’

By MkiniBM in August 7, 2025 – Reading time 2 minute
'Tanpa penyapu pun BN tewas di Selangor'


Dr Mohamad Khir Toyo mempertahankan tindakannya memberikan penyapu kepada pegawai kerajaan negeri yang dianggap gagal mencapai kutipan cukai yang disasarkan, dan menolak tanggapan ia menjadi punca kekalahan di pada 2008.

Bekas Menteri Besar itu berkata keputusan kerajaan negeri untuk memberi penyapu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal dicapai dalam mesyuarat yang turut disertai pegawai-pegawai kerajaan tempatan berkaitan.

Dia juga menegaskan, kehilangan lebih banyak kerusi kepada Pakatan Rakyat – dan kemudian PH – selepas Najib Razak mengambil alih tugas sebagai ketua pada 2009.

“Pemberian hadiah penyapu itu adalah keputusan mesyuarat antara pegawai-pegawai. Mereka yang gagal capai tahap minima dalam mengutip cukai, pejabat tersebut akan diberi hadiah penyapu, manakala yang mencapai target (sasaran) diberi hadiah lawatan sambil belajar untuk kurangkan tunggakan di PBT masing-masing.

“Harus diingat pada PRU yang sama (2008) kalah juga di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu.

“BN Selangor kalah lagi teruk apabila Najib jadi Pengerusi BN Selangor, daripada 21 kerusi tinggal 12 kerusi DUN.

“Tanpa penyapu pun BN terus tewas dari 12 , tinggal enam kerusi DUN. Dalam PRN (pilihan raya negeri) 15 (2023), dengan bantuan DAP dan , hanya menang dua kerusi sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Semalam pemimpin membidas keputusan Mohamad Khir menyertai Bersatu dan membangkitkan isu hadiah penyapu kepada PBT tertentu sebagai punca kejatuhan BN di negeri tersebut.

Berundur selepas kalah

Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Md Yunos, secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Bersatu kerana menerima penyertaan Mohamad Khir yang juga bekas Adun Sungai Panjang.

“Terima kasih saya ucapkan kepada parti Bersatu kerana sudi terima mamat penyapu ini.

“Hilang duri dalam Umno bahagian Sungai Besar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Untuk rekod Mohamad Khir pernah menjadi ketua Umno Sungai Besar.

Mohamad Khir mengesahkan dia menyertai Bersatu berkuat kuasa pada 1 Julai lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini berhubung keputusannya itu Mohamad Khir berkata langkah itu diambil selepas dia tidak lagi melihat Umno sebagai sebuah parti yang dominan dalam arena politik negara ketika ini.

Mengulas lanjut hari ini, Mohamad Khir membidas tindakan segelintir ketua Umno bahagian yang tidak meletakkan jawatan selepas parti itu tewas dala sesebuah pilihan raya, berbeza daripada dirinya yang berundur sebagai tanda mengambil tanggungjawab atas keputusan tersebut.

“Pemimpin sekarang dah kalah dalam pilihan raya pun masih pegang jawatan dalam parti. Tepuk air dalam dulang akhirnya muka sendiri yang basah, paku dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih,” katanya.



Source link