Malaysia Oversight

Tangani kebimbangan masyarakat India – MP DAP

By MkiniBM in July 28, 2025 – Reading time 2 minute
Tangani kebimbangan masyarakat India - MP DAP


Seorang ahli parlimen DAP hari ini mengingatkan supaya tidak tersalah anggap bahawa jumlah pengundi India yang rendah dalam perhimpunan ‘Turun ‘ pada hari Sabtu adalah kerana mereka berpuas hati dengan .

Menurut V Ganabatirau, ramai orang India tidak hadir ke perhimpunan anjuran pembangkang itu kerana komuniti berkenaan sudah “muak dengan politik”, bosan dengan janji, peminggiran dan pengabaian sistemik.

“Ketiadaan mereka di jalanan tidak sepatutnya disalah anggap sebagai kepuasan hati.

“Ia adalah protes senyap, yang mungkin menjadi lebih kuat di peti undi jika tidak ditangani dengan ikhlas dan pantas,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Klang itu seterusnya menyatakan kekecewaannya terhadap Perdana Menteri Ibrahim dan , yang didakwanya tidak memberikan respons yang baik terhadap kebimbangan yang dibangkitkan oleh wakil masyarakat India.

Katanya, ini meskipun mereka secara berterusan membangkitkan isu-isu yang melibatkan masyarakat India melalui surat, kenyataan awam, terlibat dalam mesyuarat sampingan dan bercakap di Parlimen.

“Kami telah mencuba segala cara untuk membawa rasa tidak puas hati ini secara ikhlas kepada anda, perdana menteri. Tetapi disebabkan kurangnya sambutan yang menggalakkan, persepsi di kalangan rakyat ialah kami (wakil masyarakat India) tidak melakukan apa-apa.

“Ini merosakkan kredibiliti dan reputasi kami di lapangan, walaupun kami telah melakukan tugas kami dengan penuh keikhlasan.

“Kita tidak boleh menolak perkara ini atau membiarkan diri kita dibuai oleh naratif yang mudah bahawa semuanya baik-baik saja dengan orang India. Tidak seperti itu. Dan ini terpakai secara menyeluruh termasuk Melayu, Cina, India, Orang Asli, Sabah, Sarawak di mana ramai merasakan perasaan tidak senang berhubung ekonomi, sosial dan politik yang mendalam,” kata Ganabatirau.

Timbalan Pengerusi DAP itu kemudian menggesa kerajaan dan ahli parlimen mengadakan perbincangan khas bagi menangani kebimbangan rakyat yang semakin meningkat dan komited kepada penyelesaian struktur.

Sementara itu, Timbalan Presiden M dilaporkan berkata bahawa kerajaan kehilangan sokongan daripada kaum India kerana mereka hanya mempunyai menteri India dan bukannya menteri yang benar-benar mewakili masyarakat.

Menurutnya, menteri-menteri India dalam kabinet hari ini tergolong dalam parti berbilang kaum dan dengan itu mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada nasib kaum India.

“Ini salah satu sebab kenapa kerajaan hari ini kehilangan sokongan daripada masyarakat India sebab masyarakat India tidak mempunyai sense of belonging dengan kerajaan sedia ada.

“Seolah-olah mereka tidak ada wakil India. Dia ada menteri India, tetapi menteri India dengan menteri mewakili masyarakat India jauh berbeza,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Source link