Malaysia Oversight

Tanah tepu air punca tragedi tanah runtuh Sabah

By MkiniBM in September 16, 2025 – Reading time 2 minute
Tanah tepu air punca tragedi tanah runtuh Sabah


Tanah runtuh yang meragut 13 nyawa di Sabah berpunca daripada cerun bukit yang tidak stabil dan dipenuhi air selepas hujan tanpa henti selama berhari-hari, menurut pakar geologi Profesor Felix Tongkul.

Tongkul yang merupakan pakar dalam kajian tanah runtuh dan pergerakan cerun berkata, hujan berterusan telah menyebabkan tanah menjadi “terlalu tepu”, sekali gus mengurangkan kekuatan dan meningkatkan beratnya.

Keadaan ini, katanya, menjadikan cerun yang landai sekalipun mudah runtuh.

“Punca utama tanah runtuh dan aliran puing ini ialah hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

“Dengan hanya sedikit cahaya matahari, tanah telah menjadi tepu dengan air. Ini mengurangkan kekuatan tanah dan menambah berat, menjadikan cerun lebih mudah bergerak,” katanya.

Sekurang-kurangnya 13 orang akibat tanah runtuh dan aliran lumpur di Sabah sepanjang minggu lalu. Mangsa termasuk seorang lelaki berusia 97 tahun di Kampung Sarapung, Penampang, yang terkorban apabila rumahnya runtuh ditimpa lumpur dan puing minggu lalu.

Tragedi banjir lumpur

Semalam, korban paling besar berlaku di Kampung Cenderakasih dekat Kota Kinabalu, apabila tujuh orang termasuk empat kanak-kanak disahkan .

Rumah-rumah di kawasan itu dalam keadaan berselerak, dibina di tanah persendirian tanpa kelulusan dan umum menganggapnya sebagai penempatan setinggan.

Di Kampung Maragang Tuntul di Papar, tiga sekeluarga — seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun, ibunya berusia 34 tahun, dan adik lelakinya berusia enam tahun — selepas rumah mereka tertimbus.

519950dcd123ebd4ab6c3105b96ca983

Dua lagi mangsa, seorang wanita 38 tahun dan anak lelakinya berusia 11 tahun, turut terkorban di Kampung Mook di Papar, apabila tanah runtuh menghanyutkan beberapa rumah.

Apabila tanah di cerun yang terdedah menjadi terlalu tepu dengan air hujan, ia menjadi lembut dan hilang kekuatan untuk bertahan, menjadikannya lebih mudah menggelongsor ke bawah, kata Tongkul.

Dia menjelaskan hujan paling lebat tertumpu di kawasan pantai barat, khususnya di bahagian bawah lembah Moyog, yang terletak berhampiran Penampang dan Kota Kinabalu.

Tongkul turut menggesa penduduk yang tinggal berhampiran cerun agar berwaspada terhadap tanda-tanda awal pergerakan tanah, seperti retakan pada bumi atau pokok yang mula condong.

“Jika anda lihat tanda-tanda ini, segera berpindah ke kawasan lebih selamat,” katanya, sambil menambah yang apabila tanah sudah tepu dengan air, cerun sedatar lima darjah pun boleh mula bergerak, dan seterusnya menyebabkan aliran puing.

“Sudah tentu, semakin curam cerun, semakin tinggi risikonya,” katanya lagi.

Tongkul ialah pakar geologi dari Sabah yang terkenal dengan hasil kerjanya di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dia pernah berkhidmat sebagai pengarah Pusat Penyelidikan Bencana Alam UMS sebelum bersara pada 2021.

Kepakaran akademiknya meliputi bidang sedimentologi, stratigrafi, pemetaan geologi dan kajian geobencana, termasuk tanah runtuh serta aliran puing di Sabah dan Borneo Utara.



Source link