Malaysia Oversight

‘Tanah hutan’ Ayer Hitam sudah dinyah warta sejak 99 tahun

By MkiniBM in December 17, 2025 – Reading time 2 minute
‘Tanah hutan’ Ayer Hitam sudah dinyah warta sejak 99 tahun


menjelaskan tanah seluas kira-kira 169 ekar berhampiran Rizab Hutan Ayer Hitam di Kinrara, Puchong sudah lama tidak berstatus Hutan Simpanan Kekal, iaitu selama 99 tahun.

Exco Tempatan dan Pelancongan , Jamaliah Jamaluddin berkata semakan dengan Jabatan Perhutanan Negeri mendapati kawasan berkenaan telah dinyah warta seawal 1926.

“Hasil semakan mendapati kawasan tersebut bukan lagi merupakan Hutan Simpanan Kekal. Berdasarkan rekod pewartaan, kawasan berkenaan pada asalnya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Ayer Itam yang diwartakan pada 1906.

“Bagaimanapun, pada 1926 kawasan tersebut telah dinyahwarta kepada Tanah dan seterusnya diberi milik,” kata Jamaliah dalam kenyataan hari ini. 

Dua hari lalu, Anggota Parlimen Subang Wong Chen menuntut kerajaan Selangor mendedahkan kronologi sejarah tanah tersebut yang dikatakan akan dibangunkan.

Anggota Parlimen itu juga menuntut harga transaksi tanah didedahkan atas kebimbangan “kos pengambilalihan yang mungkin ditanggung oleh pembayar cukai”.

Sebahagian besar tanah itu terletak bawah kawasan Parlimennya.

da716eadcf53e17bfaadc4112d83ff04

November lalu pula, dilaporkan sekumpulan penduduk mengadakan bantahan terhadap pembangunan projek tersebut sekali gus mendesak Kinrara, Ng Sze Han, menjelaskan butiran cadangan pembangunan di kawasan itu.

Bantahan tersebut dibuat susulan kebimbangan penduduk terhadap kemungkinan kesesakan lalu lintas, risiko alam sekitar serta kehilangan kawasan hijau di sebuah bandar yang sudah sedia padat.

Dilaporkan dokumen awal yang dikongsi semasa proses Penilaian Impak Sosial (SIA) menunjukkan tapak cadangan terletak bersebelahan tapak perkuburan , menghadap SJK(C) Kheng Chee dan memanjang ke arah Sri Kesidang, Rimba Residence serta Apartmen Puncak Kinrara B.

Jamaliah berkata penyahwartaan kawasan itu juga telah dimaklumkan kepada pihak Ng, yang sebelum ini membuat permohonan rasmi bagi mendapatkan pengesahan berkenaannya.

Jamaliah juga mengesahkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memaklumkan bahawa ia tidak menerima sebarang permohonan pembangunan bagi kawasan berkenaan, seperti yang dilaporkan.

“Kerajaan negeri akan terus memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah berlandaskan fakta, peruntukan undang-undang serta kepentingan jangka panjang negeri dan rakyat,” katanya.



Source link