Malaysia Oversight

Tan-Thinaah tewas tipis di tangan beregu nombor 1 dunia

By MkiniBM in August 31, 2025 – Reading time 1 minute
Tan-Thinaah tewas tipis di tangan beregu nombor 1 dunia


Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang pingat perak Kejohanan Dunia di Paris, Perancis.

Tan-Thinaah gagal menambah kemenangan susulan kejayaan beregu campuran semalam, apabila tewas tipis kepada gandingan hebat , Liu Shengshu dan Tan Ning dengan keputusan 14-21, 22-20, 17-21.

Pasangan negara itu sempat bangkit di set kedua, namun walaupun cuba melakukan kebangkitan di set penentuan, gandingan ranking nombor satu dunia Liu dan Tan tidak mampu digugat.

Walau apa pun keputusan tersebut, pencapaian kali ini yang terbaik buat Tan-Thinaah sepanjang empat penampilan mereka di Kejohanan Dunia.

Pencapaian terbaik beregu wanita negara berkenaan sebelum ini hanyalah mara ke suku akhir pada edisi 2023.



Source link