Malaysia Oversight

Tak wajar kata negeri pembangkang ‘anak tiri’ Madani

By MkiniBM in October 22, 2025 – Reading time 2 minute
Tak wajar kata negeri pembangkang ‘anak tiri’ Madani


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim menegaskan tiada istilah “anak tiri” dalam Madani kerana setiap keputusan peruntukan dibuat berdasarkan keperluan rakyat dan pembangunan seimbang di seluruh negara.

yang juga Menteri Kewangan berkata isu peruntukan kepada semua negeri termasuk negeri pembangkang tidak seharusnya dijadikan bahan politik kerana Madani telah membuktikan komitmen dengan sentiasa menambah peruntukan kepada negeri-negeri terbabit.

“Tidak wajar untuk beberapa negeri dikuasai pembangkang di Semenanjung mengatakan ‘kami dianaktirikan, kami dizalimi’ kerana kenyataannya (hakikatnya) berbeza.

“Apa yang kita lakukan dalam beberapa tahun ini, kerajaan Madani membuktikan peruntukan , Terengganu, Kedah dan Perlis ditambah, bukan kerana kita pilih untuk tambah, tetapi kerana keperluan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Integriti Nasional dan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2025) peringkat kebangsaan di hari ini.

2095f94a48a2f7288c6c7129a5383efd

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Ahmad Ramdzan Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

berkata prinsip keadilan dalam pengagihan sumber dan pembangunan negeri menjadi asas kepada pentadbiran kerajaan Madani yang menekankan integriti serta tadbir urus baik.

Mengimbau kembali situasi pada 2003 dan 2004 apabila semua peruntukan kepada sekolah agama rakyat dibatalkan kerana perbezaan pandangan politik, Anwar berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan langkah berkenaan yang mengorbankan masa depan.

“Mantan perdana menteri (ketika itu) yang menjadi jaguh besar Melayu-Korea sekarang membatalkan semua peruntukan kepada sekolah agama rakyat. Saya tidak setuju. Betul ada masalah kurikulum, tetapi ratusan ribu anak-anak itu dikorbankan kerana perbezaan pandangan politik,” katanya.

e5ed5b8e3e9aaadbd40bf244d5458223

Anwar berkata selepas mengambil alih pentadbiran, kerajaan Madani mengambil inisiatif memulihkan semula sekolah agama rakyat terutama di , Terengganu dan Kedah.

Selain itu, perdana menteri berkata peruntukan segera RM36 juta telah disediakan bagi membaiki sekolah daif yang menempatkan anak-anak di kampung dan desa.

“Sekolah-sekolah anak kita. Mungkin bukan anak-anak kita di sini, tapi anak-anak kita di kampung, di desa yang miskin. Sekolah daif harus dibantu,” katanya.

Anwar juga berharap konsep tadbir urus yang baik serta integriti dijadikan asas dalam pentadbiran negara dan tidak dicemari dengan kepentingan politik sempit.

– Bernama



Source link