Malaysia Oversight

Tak perlu ‘test market’ kalau nak kembali pada Umno, kata Puad

By MkiniBM in November 8, 2025 – Reading time 2 minute
Tak perlu 'test market' kalau nak kembali pada Umno, kata Puad


Anggota Majlis Kerja Tertinggi hari ini mengingatkan, apabila ada seseorang dikenakan tindakan oleh parti, tentu ada sebab yang menjadi alasan di sebalik langkah tersebut.

Biasanya, kata Mohd Puad Zarkashi, tindakan berkenaan diambil oleh terkait dengan masalah disiplin termasuk gagal mematuhi keputusan yang dibuat oleh parti.

Misalnya, kata Mohd Puad, ada ahli parlimen dari yang meninggalkan Dewan Rakyat ketika ketua whip sudah membuat ketetapan sebaliknya.

Bagaimanapun dia yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor tidak memberikan sebarang bayangan ahli parlimen yang dimaksudkan.

Justeru, Mohd Puad berharap tidak memberikan layanan dua darjat kepada mana-mana bekas ahli yang menunjukkan keinginan mahu kembali kepada parti berkenaan.

“Sebab itu kalau mahu kembali kepada Umno, tidak perlu test market, tidak perlu tunggu dijemput.

“Datanglah sendiri dengan budi bahasa dan keikhlasan. Umno tetap terbuka untuk semua,” katanya di media sosial hari ini.

Ia hadir ketika media melaporkan kemungkinan bekas ahli parlimen yang kini menjadi hos radio dan aktif dalam program audio siar, Khairy Jamaluddin, kembali ke pangkuan Umno.

Khairy merupakan watak berprofil tinggi dalam politik negara sama ada ketika bersama Umno atau selepas dipecat.

Dia merupakan bekas ketua Pemuda Umno Malaysia, pernah mewakili kerusi parlimen selama beberapa penggal sebelum ‘ditugaskan’ merampas kerusi Sungai Buloh daripada PH pada PRU lalu. Dia kalah kepada bekas pemimpin kanan yang menyertai , R Ramanan.

Menantu kepada bekas perdana menteri itu juga pernah menjadi menteri di beberapa kementerian.

Untuk rekod pada akhir Mei lalu, Khairy menafikan dia bakal menyertai kabinet di sebalik desas-desu yang timbul, sekurang-kurangnya sehingga “akhir tahun” ini.

Menurut Mohd Puad, Umno tidak boleh mewujudkan budaya dua darjat dalam parti tersebut, jsuteru layanan yang setara mesti diberikan kepada mana-mana pihak.

“Jangan kita korbankan ahli-ahli parti di kampung yang mentaati dan patuh konsensus parti, tetapi akhirnya yang memperlekeh konsensus parti diberi layanan istimewa,” katanya.



Source link