Malaysia Oversight

Tak perlu minta ‘sisa’ dari Anwar

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 2 minute
Tak perlu minta ‘sisa’ dari Anwar


Pengerusi Urimai P Ramasamy membidas Timbalan Presiden MIC M yang meminta Perdana Menteri Ibrahim mengarahkan jabatan dan agensi untuk menghentikan penggunaan istilah “kuil haram”.

“Ini mungkin sudah terlambat,” katanya dalam kenyataan.

c88a02aadcaef25275a16d456672d4f4

Ramasamy berkata meskipun niat kelihatan baik, masa dan bentuk permintaannya itu menimbulkan persoalan.

“Pertama, tiada keperluan untuk perbincangan penuh kabinet tentang perkara ini. Arahan ringkas dari Pejabat Perdana Menteri melalui Ketua Setiausaha Negara sudah memadai untuk menghentikan penggunaan istilah itu.

“Tetapi itu sendiri bergantung kepada kesediaan pihak atasan untuk membetulkan ketidakadilan yang sudah lama berlaku — kesediaan yang masih belum kelihatan.

Secara sedar atau tidak, katanya lagi, membuat permintaan kepada individu yang turut menormalisasikan istilah tersebut.

memainkan peranan penting dalam menginstitusikan label ‘haram’ terhadap kuil , terutama di tengah pemindahan kontroversi Kuil Dewi Sri Patharakaliamman berusia 130 tahun di Masjid India,” kata Ramasamy.

Senjata politik

Ramasamy mendakwa pendirian telah menghantar isyarat kepada jabatan kerajaan bahawa pelabelan kuil sebagai “haram” bukan sahaja dibenarkan tetapi disahkan di peringkat kepimpinan tertinggi.

Akibatnya, kata Ramasamy, istilah tersebut telah menjadi senjata ideologi dan politik yang kuat.

d376404c854c31763ab8fe47ff4835cb
M Saravanan

Dia juga menyatakan MIC yang dahulu merupakan suara dominan masyarakat India kini sekadar bertindak secara reaktif dan telah hilang pengaruh.

“Tindakan Saravanan boleh dilihat sebagai cubaan kembali relevan di tengah PRK Ayer Kuning, tetapi ia berisiko dilihat sekadar rayuan untuk meminta ‘sisa’ daripada pihak yang telah mengabaikan masyarakat ini selama berdekad.

“Walau ketika dalam keadaan kelemahan, pemimpin MIC perlu tampil dengan lebih bermaruah dan tegas. Komuniti ini berhak ada pendirian yang tegas dan tidak terhadap hak serta warisan mereka, bukannya meminta-minta, ” katanya lagi.

Dia menegaskan sudah tiba masa untuk melangkaui “rayuan kosmetik dan tindakan simbolik”.

“Apa yang diperlukan bukan sekadar arahan, tetapi satu penilaian semula secara nasional mengenai layanan negara terhadap agama minoriti, serta kesediaan kerajaan untuk menyokong retorik kepelbagaian budaya dengan perubahan dasar yang sebenar,” katanya.

Dia membidas penggunaan istilah “haram” terhadap kuil-kuil yang ada sejak sebelum wujudnya undang-undang tanah moden seperti Kanun Tanah Negara dan sistem pendaftaran Torrens.

“Kuil-kuil ini telah wujud sejak zaman penjajahan British, didirikan oleh pekerja estet dan pendatang yang tidak mempunyai akses kepada pemilikan tanah tetapi sangat memerlukan ruang kerohanian dan komuniti.

f6c5f3c959bb5ef5159d3cbc576b88df

“Melabelkannya sebagai ‘haram’ mencerminkan penolakan sistematik untuk mengiktiraf kepentingan sejarah dan budaya kuil-kuil ini. Ia merendahkan amalan keagamaan yang telah berabad-abad kepada isu teknikal birokrasi,” katanya lagi.

Pada Isnin lalu, Saravanan meminta Anwar mengeluarkan arahan tersebut selepas Hospital Taiping merujuk tempat ibadat dalam aduannya dengan istilah “kuil haram”.

Semalam, jurucakap kerajaan Fadzil berkata mesyuarat kabinet tidak menyentuh mengenai permintaan tersebut.



Source link