Malaysia Oversight

Tak perlu gaji minimum, caruman KWSP untuk pekerja asing

By MkiniBM in August 6, 2025 – Reading time 2 minute
Tak perlu gaji minimum, caruman KWSP untuk pekerja asing


PARLIMEN | Malaysia tidak terikat dengan mana-mana konvensyen PBB atau Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), dan tiada keperluan untuk memandatkan gaji minimum dan caruman KWSP kepada pekerja asing.

Perkara itu dinyatakan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng (PH-Bagan) di ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-13 di Dewan Rakyat, hari ini.

“Oleh itu, tidak perlunya pekerja asing sedia ada diwajibkan dibayar gaji minima RM1,700 sebulan atau menyumbang 2 peratus KWSP untuk pekerja asing,” katanya.

Pengerusi DAP itu membangkitkan dasar Singapura di mana sumbangan caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) tidak perlu dibuat untuk pekerja asing sejak 2003, tanpa sebarang tindakan daripada ILO.

“Maka, peraturan gaji minimum RM 1,700 sebulan dan bayaran 2 peratus KWSP pekerja asing harus dikenakan ke atas pekerja asing yang baru sahaja kerana majikan mengambil pekerja lama atas fahaman kadar yang sedia ada,” katanya lagi.

Walaupun Malaysia adalah anggota ILO, hanya 18 daripada 77 konvensyen yang diratifikasi, dengan 14 sedang berkuat kuasa. Konvensyen lain, termasuk yang berkaitan perlindungan tenaga kerja asing, masih belum diterima pakai.

Lim juga memuji persekutuan kerana mencapai kadar guna tenaga penuh namun mengingatkan rancangan untuk mengurangkan kadar pekerja asing daripada 15 peratus kepada 10 peratus menjelang 2030 boleh membawa kepada kekurangan tenaga kerja dalam industri utama.

“Adalah perlu untuk proses pengambilan pekerja asing dipermudahkan,” katanya, sambil menambah proses tersebut boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya.

Menyentuh soal perniagaan tempatan, Lim menekankan kepentingan yang semakin meningkat bagi industri kecil dan sederhana (IKS), yang kini menyumbang 38 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dijangka mencecah 40 peratus menjelang 2030.

Dia berkata IKS menjana 48 peratus pekerjaan di Malaysia dan hampir 13 peratus jumlah eksport negara.

“Kini IKS mendapat saingan hebat daripada peniaga yang telah berjaya merebut pasaran tempatan dengan mengendalikan semua kos dan produk daripada negara sahaja.

“IKS harus dijaga dengan mewajibkan semua pelabur dan kontraktor asing membeli sekurang-kurangnya 50 peratus barang keperluan daripada pengeluar tempatan, sama ada yang menjalankan kontrak ataupun swasta,” katanya. 

Untuk terus mengurangkan tekanan ke atas rakyat dan perniagaan, Lim mencadangkan enam langkah kewangan tambahan:

  • Menaikkan nilai ambang percukaian IKS sebanyak 15 peratus untuk keuntungan RM150,000 yang pertama kepada RM300,000, dan kadar 17 peratus untuk keuntungan seterusnya sebanyak RM 300,000 hingga 600,000 kepada RM 700,000. Ini membolehkan IKS menikmati penjimatan percukaian sebanyak RM10,000 untuk tahun taksiran 2025.

Lim berkata cadangan-cadangan itu akan memberikan kelegaan secara bersasar dan pada masa sama menyokong sektor-sektor utama, seperti IKS dan isi rumah dengan anggota keluarga yang masih bersekolah.


Laporan oleh Alyaa Alhadjri, Qistina Nadia Dzulqarnain, and B Nantha Kumar.



Source link