Malaysia Oversight

Tak perlu bincang MCA, MIC sertai PN sekarang

By MkiniBM in September 3, 2025 – Reading time 2 minute
Tak perlu bincang MCA, MIC sertai PN sekarang


Perikatan Nasional (PN) tidak perlu tergesa-gesa membincangkan sama ada MCA dan akan menyertai gabungan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang atau tidak.

Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) S Subramaniam sebaliknya berkata gabungan itu perlu menunggu sehingga kedua-dua komponen itu membuat permohonan secara rasmi.

“Bagi saya, isu ini tak perlu bincang sekarang. Biar, MCA dan membuat permohonan secara rasmi sertai PN. Kita nak tahu mereka betul-betul minat menyertai PN atau tidak.

“Kemudian, majlis presiden (PN) boleh membuat keputusan,” katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus MCA dan akan meninggalkan pada PRU akan datang.

Sebelum ini di tengah-tengah ketidakpuasan hati dalam MIC dan MCA, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man pada Ahad lalu, menjemput kedua-dua parti sekutu itu untuk bergabung, sambil mengambil maklum kekecewaan mereka kerana dibiarkan tanpa perwakilan dalam .

Ini selepas, sepuluh badan perhubungan MIC negeri telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan BN selepas mendakwa selaku wakil tunggal BN dalam jemaah menteri gagal mempertahankan kedudukan parti-parti komponen dalam perpaduan.

Presiden MIC SA Vigneswaran mengesahkan partinya telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin PN.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata sehingga kini pucuk pimpinan MIC mahupun MCA membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai kedudukan di BN.

“MIC sebelum ini berkata akan berbincang dengan semua parti pada PRU untuk menentukan masa depan partinya.

“Maksudnya, MIC akan berbincang dengan PN dan juga PH. Itu yang saya kata, biar mereka membuat permohonan secara rasmi,” katanya.



Source link