Malaysia Oversight

Tak patut siasat pempengaruh kerana cabar ‘scrut’ saya

By MkiniBM in April 25, 2025 – Reading time 1 minute
Tak patut siasat pempengaruh kerana cabar 'scrut' saya


Naib Presiden berkata pempengaruh Aliff Ahmad tidak seharusnya disasat hanya kerana membuat cabaran untuk membuat carian latar belakang terperinci terhadapnya.

Kenyataan itu selepas Aliff berkata MCMC memanggilnya hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu hari ini.

“Dia tidak sepatutnya disiasat hanya kerana membuat cabaran atau kenyataan seperti yang dinyatakan. 

“Saya ingin menegaskan bahawa saya mahupun mana-mana pegawai saya tidak pernah membuat sebarang laporan kepada MCMC terhadap saudara Aliff, seperti yang didakwa,” kata dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Aliff dalam hantaran di Facebook memaklumkan dia menerima notis rasmi memanggilnya untuk hadir di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya pada lapan malam semalam.

Hantaran itu disertakan tangkapan skrin hantaran sebelumnya ketika dia membuat tawaran untuk membuat carian mengenai kerja dan sumber pendapatan melalui sistem yang dikenali sebagai “Scrut Analytica”.

Aliff yang merupakan pengasas bersama Scrut Analytica berkata dia tidak dapat hadir semalam, dan memaklumkan pegawai MCMC bahawa dia akan hadir pada hari ini.

Nurul Izzah berkata dia tidak mengenali mahupun pernah bertemu Aliff.

“Saya juga tidak pasti cara dia mencari rezeki, tetapi sudah tentunya kita harus menyokong segala usaha yang mengikuti garis panduan undang-undang.

“Justeru, adalah penting untuk semua pihak berhati-hati dalam membuat tuduhan yang boleh mencemarkan reputasi dan menjejaskan kredibiliti mana-mana pihak tanpa asas yang kukuh,” katanya lagi.



Source link