Malaysia Oversight

‘Tak kagum’ dengan keputusan, Najib akan merayu

By MkiniBM in December 22, 2025 – Reading time 1 minute
‘Tak kagum’ dengan keputusan, Najib akan merayu


Pasukan pembelaan terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan untuk menjalani baki hukuman penjaranya bawah tahanan rumah.

Peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah berkata dia ‘tidak kagum’ dengan keputusan hari ini.

“(Kami) terkejut dengan keputusan yang dibuat. Banyak perkara yang akan ditunjuk dan dicerita berkenaan keputusan tadi. 

“Fakta yang tidak begitu (kami) kagum dengan sebab-sebab yang diberikan oleh hakim Mahkamah Tinggi,” katanya dalam sidang media di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Shafee juga memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan terhadap rayuan bekas perdana menteri itu.

Hakim Alice Loke memutuskan titah tambahan berkaitan tahanan rumah oleh Yang di-Pertuan Agong tidak sah “dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan”.

Katanya, perintah tahanan rumah tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang Malaysia yang menyediakan mekanisme sedemikian.



Source link