Malaysia Oversight

‘Tak apa saya pemaaf orangnya’

By MkiniBM in September 6, 2025 – Reading time 2 minute
‘Tak apa saya pemaaf orangnya’


Presiden Bersatu Yassin membidas Perdana Menteri Ibrahim kerana masih belum memohon maaf kepadanya berhubung dakwaan fitnah kononnya dia mempertahankan pemberian subsidi RON95 kepada warga asing.

berkata sehingga kini dia belum menerima sebarang laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung laporan media mengenai kenyataannya itu seperti yang didakwa .

Namun, kata dia seorang yang pemaaf dan akur jika perdana menteri enggan berbuat demikian.

“Hari tu dia fitnah saya juga, Pagoh, Pagoh yang sokong bagi subsidi minyak (RON95) kepada warga asing. Panggil MCMC untuk disiasat, kenapa saya disiasat, siasatlah pembohong.

a285d17b0d0f39b259fa4bfadda064a4

“Sampai sekarang tak dapat laporan, dia () tak minta maaf sampai hari ini. Tak apa lah saya pemaaf orang, tapi sampai hari ini berjela-jela, satu apa tak keluar daripada mulutnya.

“Agaknya orang macam ini maaf tak ada dalam kamus kehidupannya,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu di Shah Alam, malam ini.

Pada 14 Ogos lalu, Anwar menyatakan kesediaannya untuk memohon maaf kepada Muhyiddin berhubung dakwaan tersebut, namun memberitahu Parlimen bahawa dia masih menunggu hasil siasatan MCMC bagi menentukan sama ada sumber maklumat yang dirujuk itu palsu atau sebaliknya.

Anwar juga mendakwa mempunyai tiga sumber maklumat, dengan salah satunya telah disahkan palsu.

6a02831487c53decfaa85eba565411a5

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata dia bersangka baik mungkin keengganan Anwar memohon maaf sebagai ujian untuk dia lebih bersabar dan meraih pahala.

“Mungkin Allah jadikan juga Anwar Ibrahim sebagai PM untuk kita bersabar. Semoga Allah mengangkat darjat kita,” katanya lagi.



Source link