Malaysia Oversight

‘Tak ada siapa tahu kesan RON95 turun harga buat masa ini’

By MkiniBM in August 22, 2025 – Reading time 2 minute
'Tak ada siapa tahu kesan RON95 turun harga buat masa ini'


Ketika detik permulaan penurunan harga RON95 semakin menghampiri, bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli hari ni membangkitkan persoalan sama ada harga barangan keperluan turut berkurangan atau sebaliknya.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini, Rafizi berkata, dia menumpukan perbincangan itu kepada dasar yang memperkenalkan amalan harga telus, sejajar dengan kebimbangannya.

Kata Rafizi, biasanya harga barangan akan naik serta-merta apabila ada peningkatan dalam kos khususnya melibatkan petrol.

Bagaimanapun, menurutnya, bagaimana kesan penurunan harga runcit RON95 itu sulit untuk dijangkakan.

“Susah nak cakap dan sebenarnya tiada siapa yang tahu buat masa ini. Kita hanya boleh melihat (kesannya) selepas beberapa bulan iaitu menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Dia yang juga Ahli Parlimen Pandan menjelaskan bertanggungjawab memastikan semua peraturan mampu mengekang kegiatan pengambilan keuntungan secara melampau atau manipulasi.

Pengguna pula, katanya, perlu bertindak bijak dengan memilih barang dan perkhidmatan yang memberi nilai terbaik pada harga yang paling berpatutan buat mereka.

“Peniaga yang memanipulasi pengguna dengan harga yang melampau, wajar dihindari,” katanya lagi.

Faktor persaingan, kos

Pun begitu, menurut Rafizi, langkah kawalan tersebut menjadi sukar kerana negara ini belum mengamalkan dasar harga telus (price transparency) dalam amalan urus niaga harian.

Jika prinsip ketelusan harga wujud, katanya, ia membolehkan pengguna menilai sama ada barangan atau perkhidmatan yang diingini mereka benar-benar berbaloi atau sebaliknya.

“Ketelusan harga ialah bidang dasar yang saya akan berikan tumpuan selepas ini supaya Malaysia bergerak lebih cepat untuk menggalakkan amalan harga yang telus dalam ekonomi kita,” katanya.

Pada 23 Julai lalu, Perdana Menteri Ibrahim mengumumkan harga RON95 akan diturunkan menjadi RM1.99 seliter sebelum akhir Sept dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal, khususnya golongan belia serta pekerja gig.

Pengumuman itu dibuat ketika rakyat secara umumnya mengeluh apabila berdepan dengan isu kenaikan kos sara hidup, selain kesan tarif 19 peratus yang dikenakan Washington ke atas barangan Malaysia yang diimport AS.

Selain penurunan harga RON95, turut mengumumkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menerima Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sebanyak RM100 secara sekali bayar.

32807f3990c8139755a0f202aeb7ba32

Ia boleh digunakan untuk membeli barangan dapur dan keperluan rumah.

Menurut Rafizi, selain dari faktor kos bahan mentah dan pengeluaran, harga sesuatu barang dan perkhidmatan dalam sistem pasaran terbuka seperti di negara ini dipengaruhi oleh banyak perkara.

Satu daripadanya ialah persaingan.

Apabila peniaga masing-masing menaikkan kerana peniaga lain pun bertindak sedemikian – dan ia tidak menjejaskan permintaan serta pelanggan masih lagi membeli – adalah sukar untuk peniaga terbabit menurunkan harga.

“Kos barang mentah juga dipengaruhi harga sepanjang rantaian bekalan.

“Peniaga membeli daripada pemborong, pemborong pula membeli daripada pembekal pukal ataupun pengilang.

“Kecuali harga diturunkan dari peringkat pengilang – iaitu kos di peringkat huluan – peniaga akan rasa sebarang penurunan harga minyak tidak membawa kesan kepadanya,” kata Rafizi lagi.

Selain itu, dia menjelaskan, kos turut dipengaruhi oleh kadar upah pekerja.

Justeru, katanya, langkah mengimbangi kenaikan harga memerlukan peranan semua pihak.



Source link