Malaysia Oversight

Tajuddin dakwa Saravanan dedah MIC ‘putuskan’ untuk keluar BN

By MkiniBM in October 21, 2025 – Reading time 2 minute
Tajuddin dakwa Saravanan dedah MIC 'putuskan' untuk keluar BN


Seorang bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mendakwa akan keluar pada bulan depan, ketika parti itu dijangka mengadakan mesyuarat agung tahunannya.

Dalam satu video di TikTok, Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Timbalan Presiden M Saravanan membuat pengakuan itu ketika majlis rumah terbuka Deepavalinya semalam.

Antara ahli politik yang hadir di majlis itu, Tajuddin juga mendakwa Saravanan mendedahkan pelbagai rasa tidak puas hati yang membawa kepada keputusan yang bakal dibuat itu.

“Tapi saya tidak payah sebut di sinilah (sebab) sensitif dan sulit,” kata Tajuddin.

“Namun saya nasihatkan dia (Saravanan) supaya pertimbangkan keputusannya. Kita () sudah lama bersama dengan …dalam kita sudah harungi suka duka bersama.

“Dalam politik Malaysia ini banyak sumbangan MIC terhadap kemajuan dan pembangunan negara kita dan semua rakyat pelbagai bangsa. Jadi saya nasihatkan dia kalau dia pertimbangkan semula,” katanya lagi, yang menamatkan hukuman gantung keahlian parti dalam tahun lalu.

“Dia nampaknya bertegas, mungkin dia akan dapat petunjuk dan hidayah. Saya harap begitu agar MIC akan tetap bersama ,” katanya lagi.

‘Tak payah cakap politik’

Ketika dihubungi, Saravanan berkata dia tidak berhasrat untuk bercakap tentang politik di saat masyarakat India masih dalam mood Deepavali.

“Ramai masyarakt India masih cuti perayaan, maka saya tak berhasrat untuk rosakkan mood dengan bercakap politik macam sesetengah pemimpin lain.

“Sebagai pemimpin, kita kena sedar ini adalah musim perayaan. Cuba bayangkan kalau (ketika) perayaan kaum-kaum lain pergi cakap politik, mesti orang marah bukan? Jadi kita tak payahlah cakap politik,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Kalau dapat peluang, cakap tentang keharmonian, perpaduan, silaturahim dan kelebihan kaum-kaum lain, kelebihan perpaduan antara kita. Itu yang patut menjadi tajuk semasa musim perayaan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Saravanan terlibat dalam pertelingkahan dengan Ahli MKT Umno Puad Zarkashi selepas dia dilaporkan mendakwa MIC diperdaya untuk bersetuju menyokong perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pada Jumaat lalu, Presiden MIC SA Vigneswaran berkata tidak akan mengundang sesiapa, termasuk Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, ke mesyuarat agung tahunannya.

Pada hari sama, Zahid berkata BN tidak akan memaksa MIC atau mana-mana parti komponen lain untuk kekal dalam gabungan, dan dia percaya MIC akan membuat “keputusan bijak” dalam mesyuarat itu nanti.



Source link