Malaysia Oversight

Taiwan Tidak Bersetuju 50% Pengeluaran Cip Dipindahkan Ke Amerika Syarikat

By Amanz in October 1, 2025 – Reading time 1 minute
Taiwan Tidak Bersetuju 50% Pengeluaran Cip Dipindahkan Ke Amerika Syarikat


Taiwan Tidak Bersetuju 50% Pengeluaran Cip Dipindahkan Ke Amerika Syarikat

October 1, 2025
Perkakasan

Effi Saharudin

Taiwan menerusi TSMC ialah pusat pengeluaran cip berteknologi paling terkini di dunia pada ketika ini. Kerana lokasi serta keperluan strategiknya, Taiwan tersepit ditengah-tengah perbalahan antara dan Amerika Syarikat. Minggu ini Setiausa Perdagangan A.S Howard Lutnick dipetik berjaya Taiwan perlu memindahkan 50% pengeluaran cip ke Amerika Syarikat sekiranya ingin terus menerima perlindungan daripada negara tersebut.

TSMC

Pagi ini timbalan Premier Taiwan, Cheng Li-chiun berkata permintaan pemindahan 50% pengeluaran cip tidak dibincangkan dengan wakil Amerika semasa pertemuan perdagangan dilakukan sebelum ini. Beliau turut menegaskan Taiwan tidak akan bersetuju dengan syarikat ini sekiranya diminta Amerika.

Walaupun Taiwan ialah sekutu Amerika di Asia, ia masih dikenakan tarif 20% oleh pentadbiran . Eksport cip dan semikonduktor terkesan disebabkan oleh tarif ini dengan perbincangan untuk mengurangkannya masih lagi diteruskan. TSMC sudahpun melakukan pelaburan berbilion dollar membina faundri di Amerika tetapi permintaan terkini ini dilihat sebagai mustahil kerana kekangan tenaga kerja pakar, dan rantaian bekalan berbanding di Taiwan.

Reuters

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link