Malaysia Oversight

‘Tahniah Anwar, tahniah Muhyiddin,’ Wan Saiful sindir dapatan kaji selidik

By MkiniBM in January 7, 2026 – Reading time 3 minute
‘Tahniah Anwar, tahniah Muhyiddin,’ Wan Saiful sindir dapatan kaji selidik


Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan hari ini secara sinis mengucapkan “tahniah” kepada Perdana Menteri Ibrahim susulan dapatan kaji selidik terbaharu oleh badan pemikir Institut Masa Depan Malaysia (Masa) yang merekodkan peningkatan kepuasan awam terhadap kepimpinan dan pentadbirannya.

Bekas anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dipecat daripada parti itu berkata bahawa dia turut “mengucapkan tahniah” kepada presiden Bersatu Yassin selaku pengerusi Masa.

6c1777572e69c754276de98246d39825
Wan Saiful Wan Jan

“Apabila sebuah institut yang dipengerusikan oleh Presiden Bersatu bersusah payah menjalankan kajian seluruh negara yang hasilnya mengabsahkan ketokohan Ibrahim, maka sudah pasti boleh berbangga,” kata Wan Saiful.

Semalam, Masa berkata keputusan tinjauan telefonnya melibatkan 1,604 responden antara 15 Nov hingga 19 Dis tahun lalu mendapati tahap kepuasan orang ramai terhadap prestasi kerajaan meningkat daripada 41 peratus pada Jun 2025 kepada 49 peratus pada Disember 2025.

Kaji selidik Masa itu turut merekodkan peningkatan penilaian prestasi Anwar daripada 33 peratus kepada 46 peratus dalam tempoh sama.

“Mengikut etnik, 58 peratus responden Cina menyatakan kepuasan terhadap prestasi perdana menteri, diikuti India (42 peratus) dan Melayu (40 peratus),” kata badan pemikir itu.

Bagaimanapun, walaupun terdapat peningkatan kepuasan terhadap kerajaan Madani dan perdana menteri, kaji selidik itu mendapati prestasi keseluruhan masih berada di bawah paras “memuaskan” iaitu 50 peratus.

753ef9aae70a68052e7bd97d557bc71f

Wan Saiful pada masa sama turut menyindir yang baru-baru ini meletakkan jawatan sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN).

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada kerana institut yang dia pengerusikan mengesahkan bahawa Muhyiddin lah yang terpaling popular untuk menjadi calon Perdana Menteri selepas PRU-16.,” katanya.

Menurut Masa, 46 peratus responden menamakan Muhyiddin sebagai calon pilihan untuk menggantikan Anwar, manakala 39 peratus memilih untuk mengekalkan pengerusi Pakatan Harapan itu bagi penggal kedua.

Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi pula berada di tempat ketiga dengan 16 peratus sokongan.

“Dari segi sokongan etnik, Muhyiddin menerima sokongan tertinggi daripada responden Melayu iaitu 56 peratus, diikuti responden Cina (34 peratus) dan India (14 peratus).

562ed29f48d262d661068ded81be74a6

“Anwar menerima sokongan tertinggi daripada responden Cina iaitu 50 peratus, diikuti Melayu (37 peratus) dan India (22 peratus),” kata Masa.

“Zahid menerima sokongan 17 peratus daripada responden Melayu, 10 peratus daripada responden Cina dan lima peratus daripada responden India,” tambahnya.

Selain presiden parti sedia ada, kaji selidik Masa turut menyenaraikan beberapa tokoh politik lain sebagai calon perdana menteri berpotensi.

Antaranya bekas menteri Khairy Jamaluddin (56 peratus); bekas perdana menteri Najib Razak (41 peratus); bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad (33 peratus); naib presiden PAS merangkap Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar (29 peratus); timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man (20 peratus); dan timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin (17 peratus).

cb3231bab71f243acef7e105c04a0717

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata: “Institut yang dipengerusikan Muhyiddin bertungkus lumus buat kajian yang hasilnya mendapati Muhyiddin adalah yang terpaling hebat. Itu memang hebat.”

“Dengan absahnya ketokohan dan populariti Anwar dan Muhyiddin, mungkinkah ada lembaran baru untuk dua mereka ini berkerjasama untuk membuka pintu awal bagi Bersatu keluar Perikatan Nasional?” soalnya.

Peletakan jawatan Muhyiddin sebagai pengerusi PN sebelum ini mencetuskan persoalan mengenai masa depan pembangkang serta hubungan antara Bersatu dan PAS susulan krisis politik di Perlis.

Krisis yang tercetus ketika Muhyiddin berada di London pada Disember lalu itu memuncak apabila Bersatu mengambil alih jawatan menteri besar Perlis daripada PAS, sekali gus mencetuskan usaha untuk menghidupkan semula kerjasama antara PAS dan .

Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah menyatakan kesediaan partinya untuk mengetuai PN. Namun, spekulasi mengenai pengganti masih berterusan, tetapi diperkukuh lagi dengan pertemuan Samsuri dengan Muhyiddin semalam selepas ahli Parlimen Pagoh itu pulang ke tanah air.

e915a5717adc4b406f14ff4036f95505

Anwar setakat ini menegaskan pentadbirannya masih utuh, manakala Zahid menyatakan akan kekal dalam kerajaan sehingga tamat penggal semasa.



Source link