Malaysia Oversight

Tadbir urus baik dan perangi rasuah teras pacu ekonomi negara

By TheSun in September 9, 2025 – Reading time 1 minute
Tadbir urus baik dan perangi rasuah teras pacu ekonomi negara


KUALA LUMPUR: Usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara memerlukan lebih daripada sekadar kekuatan ekonomi semata-mata menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim.

Beliau menegaskan bahawa pertumbuhan mesti digerakkan seiring dengan tadbir urus yang baik serta tindakan berterusan membanteras ketirisan dan rasuah.

menyatakan sejarah membuktikan banyak negara menghadapi cabaran apabila membiarkan budaya penyelewengan dan salah guna kuasa berakar umbi.

“Kekuatan ekonomi sahaja tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah sekiranya keterlanjuran dari segi ketirisan dan rasuah dibiarkan berterusan,“ katanya ketika berucap di Persidangan Konfederasi Asia Institut Juruaudit Dalaman (ACIIA) 2025.

Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kementerian, syarikat berkaitan dan swasta yang menunjukkan sikap keberanian dan ketegasan dalam membersihkan jentera pentadbiran.

Beliau menekankan pentingnya membersihkan institusi daripada kebiasaan melanggar peraturan sama ada di peringkat , syarikat berkaitan atau swasta. – Bernama



Source link