Tablet Bajet Hingga Mercu – HONOR Menyediakan Segalanya
Amy Maizuraa
HONOR mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan menawarkan barisan tablet yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna. Jenama ini menyediakan model bajet untuk tugasan harian serta peranti berprestasi tinggi bagi permainan dan kerja kreatif. Setiap tablet direka dengan gaya moden, prestasi cemerlang serta harga yang berpatutan. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk pelajar, profesional dan peminat hiburan digital.

Pengguna menikmati pengalaman yang lancar dan memuaskan sekaligus menjadikan tablet HONOR sebagai pelengkap gaya hidup masa kini. HONOR turut mencatatkan jualan yang tinggi serta tersenarai sebagai antara tablet Android paling laris di Malaysia. Ini membuktikan kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan inovasi jenama ini.
HONOR Magic Pad 3 – Prestasi Mercu Dalam Bentuk Mudah Alih
Pengguna yang mengutamakan prestasi premium pasti memilih HONOR Magic Pad 3 sebagai peranti utama mereka. HONOR melengkapkan tablet ini dengan skrin LCD bersaiz 13.3-inci yang menyerupai saiz komputer riba sekaligus membolehkan pengguna menikmati kandungan dalam mod potret dan landskap dengan lebih bebas.

HONOR meningkatkan keupayaan paparan dengan chip Snapdragon 8 Gen 3 yang menyokong skrin berkadar segar semula 165Hz pada resolusi 3.2K. Paparan yang tajam dan animasi yang lancar membolehkan pengguna bermain beberapa permainan seperti PUBG Mobile dan Call of Duty Mobile dengan pengalaman paparan yang memukau.

HONOR juga meningkatkan aspek audio dengan lapan pembesar suara berkualiti tinggi serta sokongan IMAX Enhanced. Sistem ini menghasilkan bunyi yang jelas dan seimbang sekaligus memberikan kepuasan maksimum ketika menonton filem atau menikmati muzik kegemaran.
HONOR turut menyediakan bateri berkapasiti 12,450mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Melaluinya, pengguna boleh mengecas penuh dalam sekitar 83 minit dan terus menggunakan tablet sepanjang hari tanpa gangguan.

Selain itu, sokongan HDMI dan aplikasi HONOR Docs terbina disediakan bagi memudahkan pengalaman produktiviti pengguna. Dipadankan dengan konfigurasi memori 16GB RAM dan storan 512GB, tablet ini ditawarkan pada harga RM2,999. Gabungan spesifikasi ini mengintegrasikan hiburan, kreativiti dan kecekapan kerja dalam satu peranti moden yang berbaloi dimiliki.
HONOR Pad V9 – Hiburan Berkualiti Dalam Bajet Sederhana
HONOR Pad V9 memenuhi keperluan pengguna yang mengutamakan hiburan berkualiti dalam bajet berpatutan. HONOR menawarkan tablet ini pada harga RM1,999 dengan spesifikasi 12GB RAM dan 256GB storan.

Tablet ini menampilkan skrin LCD 11.5-inch beresolusi 2.8K dan kadar segar semula 144Hz yang menghasilkan visual tajam serta gerakan lancar. HONOR melengkapkan Pad V9 dengan lapan pembesar suara yang menyokong IMAX Enhanced, DTS:X dan Hi-Res Audio sekali gus meningkatkan pengalaman tontonan.

Cip MediaTek Dimensity 8350 Elite pula memastikan prestasi kekal stabil dan responsif untuk tugasan harian serta permainan ringan. HONOR turut membekalkan bateri berkapasiti 10,100mAh yang mampu bertahan sehingga 13.5 jam untuk penstriman video.

Tablet ini menyokong pengecasan pantas 66W walaupun pengecas dalam kotak hanya menyediakan kuasa 35W. Dengan gabungan ciri-ciri ini, HONOR Pad V9 menawarkan nilai hebat kepada pengguna yang mencari hiburan berkualiti tanpa perlu berbelanja besar.
HONOR Pad 10 – Pilihan Seimbang Untuk Pengguna Harian
HONOR Pad 10 menarik perhatian pengguna di Malaysia kerana menawarkan keseimbangan ideal dari segi saiz, prestasi serta harga. HONOR menetapkan harganya bermula RM1499 untuk versi 8GB RAM dan storan 256GB sekali gus menjadikannya pilihan mampu milik yang berbaloi dimiliki.

Dari segi paparan, HONOR melengkapkan tablet ini dengan skrin LCD bersaiz 12.1 inci yang menyokong resolusi 2.8K dan kadar segar semula 144Hz. Paparan yang terang bersama animasi yang lancar turut meningkatkan keseronokan ketika menonton video atau menikmati kandungan multimedia.

Selain itu, HONOR Pad 10 menawarkan sistem audio dengan enam pembesar suara yang mampu menghasilkan bunyi seimbang dan memuaskan. Untuk ketahanan penggunaan, HONOR menyertakan bateri berkapasiti 10,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W meskipun pengecas dalam kotak hanya menyediakan kuasa 35W.

Dari aspek prestasi, HONOR menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 3 bagi memastikan kelancaran ketika menjalankan tugasan ringan dan permainan kasual. Oleh itu, dengan ciri-ciri serba boleh dan harga yang berpatutan, HONOR Pad 10 muncul sebagai pilihan ideal bagi pengguna yang mementingkan nilai pembelian.
HONOR Pad X9a – Pilihan Bajet yang Bijak
HONOR memperkenalkan Pad X9a sebagai tablet mampu milik yang memenuhi keperluan pengguna dengan bajet di bawah RM1,000. Dengan harga RM999, tablet ini menawarkan pelbagai ciri menarik yang menjadikannya berbaloi dimiliki.

HONOR melengkapkan Pad X9a dengan skrin LCD bersaiz 11.5 inci yang menyokong resolusi 2.5K, kadar segar semula 120Hz dan paparan 1.07 billion warna. Gabungan ini mampu menghasilkan paparan yang cantik dan sesuai untuk menonton drama serta filem kegemaran dengan lebih selesa.

Untuk ketahanan penggunaan, HONOR menyediakan bateri berkapasiti 8,300mAh yang mampu bertahan sehingga 11.7 jam tontonan video berterusan. HONOR turut memasang empat pembesar suara dengan fungsi 200% volume boost bagi memastikan bunyi kekal jelas walaupun dalam suasana bising.

Dari segi prestasi, HONOR menggunakan cip Snapdragon 685 yang memberikan kelancaran untuk penstriman dan permainan ringan. Dengan ciri-ciri yang seimbang dan harga yang berpatutan, HONOR Pad X9a muncul sebagai pilihan bijak bagi pengguna yang mengutamakan pengalaman menonton berkualiti tanpa perlu berbelanja besar.
Aksesori Tambahan & Pilihan Sambungan – Nilai Lebih Tanpa Kos
HONOR menyertakan papan kekunci dan stylus percuma untuk setiap tablet yang disebutkan tadi sekaligus memberikan nilai tambah tanpa sebarang kos tambahan.

Bagi pengguna kreatif, MagicPad 3 dan Pad V9 hadir bersama HONOR Magic Pencil 3 yang menyokong pengecasan magnetik serta menawarkan ketepatan tinggi. Pad V9 dilengkapi papan kekunci Bluetooth boleh tanggal. Sementara itu, Magic Pad 3 menggunakan sambungan pin dengan pintasan terbina dan susun atur ala komputer riba bagi memudahkan tugasan produktiviti.

Untuk model pertengahan seperti Pad 10 dan Pad X9a, HONOR menyediakan papan kekunci asas yang dicas melalui port Type-C di samping menyertakan stylus HONOR CHOICE Pencil. Bagi pengguna yang kerap menggunakan stylus, HONOR turut menawarkan sarung khas dengan ruang simpanan untuk memastikan kemudahan dan keselamatan semasa dibawa.
HONOR Pad X8a pula direka khas untuk kanak-kanak. Tablet ini dilengkapi sarung perlindungan tahan lasak serta stylus mesra kanak-kanak sekali gus menjadikannya selamat dan selesa digunakan oleh golongan muda.

Dari aspek sambungan, Pad X9a dan Pad 10 menyokong LTE melalui slot kad SIM. Ciri ini sesuai untuk pengguna yang kerap bergerak dan tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada rangkaian WiFi. HONOR menawarkan versi LTE pada harga RM1,799 untuk Pad X9a dan RM1,299 untuk Pad 10 iaitu sekitar RM300 lebih tinggi berbanding versi WiFi sahaja.
Ekosistem HONOR dan Ciri AI Pintar
Semua tablet HONOR turut dilengkapi teknologi yang menyokong kerja produktiviti dan keselesaan penggunaan.
Sebagai contoh, HONOR Docs menyokong tugasan pejabat melalui aplikasi Word, Excel dan PowerPoint di samping membolehkan penukaran dokumen ke format PDF secara percuma. Dalam masa yang sama, HONOR Notes membolehkan pengguna meringkaskan perbincangan dan melakukan terjemahan masa nyata dengan mudah.

Melalui HONOR Magic Ring dan HONOR Connect, pengguna dapat berkongsi rangkaian, kamera dan notifikasi antara peranti HONOR dengan mudah. Ciri ini membolehkan kolaborasi antara telefon dan tablet berlaku dengan lebih lancar dan efisien.
Bagi meningkatkan pengalaman komunikasi, HONOR menyertakan ciri AI Voiceprint Noise Cancellation yang membantu menapis bunyi latar semasa mesyuarat dalam talian. Sementara itu, Magic Portal membolehkan pengguna melukis objek menggunakan buku jari untuk berkongsi atau mencari maklumat merentasi aplikasi dengan pantas.

HONOR turut menitikberatkan keselesaan paparan dengan menyediakan pensijilan cahaya biru rendah serta mod mesra tidur. Selain itu, fungsi Cross-OS Sharing membolehkan pengguna memindahkan file antara sistem operasi iOS, Android dan Windows dengan mudah. Ciri ini kini tersedia pada Magic Pad 3, Pad V9 dan Pad 10, dan dijangka akan diperluas ke Pad X9a dalam masa terdekat.
Kesimpulan – Pilih Mengikut Keperluan dan Bajet
HONOR menawarkan barisan tablet yang memenuhi pelbagai keperluan dan tahap bajet pengguna. Jika anda mencari tablet untuk hiburan ringan seperti menonton drama atau YouTube, HONOR Pad X9a berharga RM999 sudah memadai. Untuk bajet sekitar RM1,500 dan keperluan tugasan asas, HONOR Pad 10 merupakan pilihan seimbang.

Sekiranya anda mengutamakan pengalaman audio dan visual yang lebih mantap serta sokongan stylus, HONOR Pad V9 berbaloi dimiliki dengan harga RM1,999. Manakala bagi pengguna yang memerlukan prestasi tinggi untuk kerja fleksibel, permainan dan hiburan, HONOR Magic Pad 3 adalah pilihan terbaik.
Setiap model direka untuk memenuhi keperluan berbeza. Oleh itu, pilihlah mengikut bajet dan gaya penggunaan anda. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan produk terkini, sila layari laman web rasmi HONOR Malaysia.
Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






