Malaysia Oversight

Syukur Bkt Aman ambil alih, siasatan lama cuai

By MkiniBM in August 27, 2025 – Reading time 2 minute
Syukur Bkt Aman ambil alih, siasatan lama cuai


Keluarga kepada Syamsul Haris Shamsudin mengalu-alukan tindakan pantas Bukit Aman mengambil alih sepenuhnya siasatan kes kematian pegawai kadet Palapes Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsuddin, 22, yang meninggal dunia pada 28 Julai lalu.

Peguam keluarganya, Naran Singh, memberitahu Malaysiakini bahawa ibu Syamsul, Ummu Haiman Bee Daulatgun, berasa “sangat gembira” dengan berita itu serta berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana bertindak segera.

b2e51caed2b3489e4b103be70190665f

“Kami sudah nyatakan dalam permohonan bahawa pegawai penyiasat sebelum ini tidak sepatutnya menyiasat dan mengendalikan bedah siasat kedua, lebih-lebih lagi selepas dia menyerahkan afidavit bersumpah untuk membantah permohonan kami.

“Dengan perkembangan hari ini, kami menyambut baik tindakan pantas ini. Kami sangat gembira apabila Bukit Aman mengambil alih kes ini, khususnya selepas pegawai penyiasat terdahulu melakukan kerja yang sangat cuai,” katanya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan bahawa Bukit Aman mengambil alih siasatan kematian Syamsul, susulan arahan Pesuruhjaya Kehakiman Bhupindar Singh Gurchahan Singh Preet semalam yang membenarkan permohonan permohonan keluarga untuk menggali semula kubur allahyarham bagi tujuan bedah siasat kedua.

118066941b212cbb988a30453bda26bf

Dalam perintahnya, hakim turut mengarahkan Ketua Polis Negara (IGP) atau pegawai bawahannya untuk mengawasi proses penggalian semula serta menjalankan bedah siasat kedua ke atas jenazah Syamsul dalam tempoh 14 hari selepas penggalian

Hakim juga memerintahkan agar proses bedah siasat diadakan dengan kehadiran Naran serta pakar forensik Dr Bhupinder Singh. Selain itu, pakar patologi forensik yang menjalankan prosedur tersebut juga perlu menyerahkan laporan bedah siasat dalam tempoh munasabah, dan salinan laporan kepada Naran.

Permohonan Ummu yang difailkan pada 14 Ogos lalu menamakan IGP Khalid Ismail serta Peguam Negara Dusuki Mokhtar sebagai responden, selepas dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena berikutan kesan kecederaan yang ditemui pada tubuh anaknya.

Dalam permohonan itu, Ummu berkata beliau mengesyaki terdapat unsur jenayah dalam kematian Syamsul, yang meninggal dunia pada 28 Julai lalu.

19b7839e5e950a845773ef107d68f655

Syamsul Haris,22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai lalu selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Tembakan Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram, Johor.

Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Jawatankuasa Siasatan Khas kematian pegawai kadet Palapes UTM itu mendapati tiada sebarang unsur penderaan dalam insiden berkenaan.



Source link