Malaysia Oversight

Syor syarikat suami bekal makanan, SPRM tahan pengarah jabatan k’jaan

By MkiniBM in August 26, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


SPRM Pulau Pinang hari ini menahan seorang pengarah jabatan kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dengan mengesyorkan syarikat suaminya bagi pembekalan makanan dan minuman untuk sebuah program pada 2017.

Menurut sumber, suspek wanita yang berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 11 pagi tadi di Pejabat SPRM Pulau Pinang di George Town ketika hadir memberi keterangan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek sebelum ini dipercayai telah menyalahgunakan jawatan ketika berkhidmat sebagai pegawai di Seberang Perai Utara.

“Suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan syarikat milik suaminya melibatkan pembekalan makanan serta minuman bernilai hampir RM4,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Dia berkata suspek kini direman dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth pada Khamis.

-Bernama



Source link