Malaysia Oversight

Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini

By Amanz in October 14, 2025 – Reading time 2 minute
Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini


Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini

October 14, 2025
Perkakasan

Amy Maizuraa

Synology meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan berkongsi perjalanan dan rancangan masa depan dalam satu acara khas hari ini. Synology turut menekankan komitmen terhadap keselamatan data dan sokongan kepada usaha transformasi digital khususnya di Asia Tenggara yang terus berkembang.

Synology Head of Southeast Asia Thachawan Chinchanakarn and Malaysia Country Manager Jason Sin at the Synology Solution Day 2025 press event in Malaysia 1

Laporan semasa menunjukkan bahawa sebanyak 93% perniagaan di rantau ini telah memulakan langkah transformasi digital. Pun begitu, isu keselamatan siber yang kian kompleks terus menjadi antara cabaran utama. Dengan itu, Synology memperkenalkan penyelesaian yang bertujuan membantu organisasi meningkatkan perlindungan data dan menyokong keperluan operasi digital secara lebih mampan.

Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini 10
Synology unveils next phase flagship products for data storage and management

Awal tahun ini, Synology memperkenalkan ActiveProtect iaitu peranti sandaran untuk syarikat yang beroperasi di pelbagai lokasi. Ia tersedia dalam beberapa model dengan kapasiti antara 8TB hingga 140TB, serta dilengkapi ciri keselamatan seperti sandaran tidak boleh diubah, sokongan Air-Gap dan pematuhan kepada peraturan industri.

Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini 12
Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini 11

Synology PAS7700  turut diperkenalkan tahun ini sebagai sistem storan perusahaan pertama Synology yang menggunakan sepenuhnya seni bina NVMe. Ia direka untuk menyokong bebanan kerja penting berprestasi tinggi yang menawarkan sehingga 2 juta IOPS, kelajuan pemindahan data 30GB/s dan latensi kurang daripada 1 milisaat.

Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini 1
Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini 4
Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini 3

Dengan reka bentuk dua pemproses yang boleh berfungsi serentak serta sokongan penyulitan data mengikut piawaian industri, PAS7700 sesuai untuk organisasi yang memerlukan kelajuan dan keselamatan data yang tinggi. Buat masa ini, harga belum didedahkan secara rasmi kerana ia bergantung kepada konfigurasi dan akan ditawarkan melalui rangkaian pengedar Synology.

Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini 9

Selain itu, Synology memperkenalkan siri storan baharu seperti GS Series yang direka untuk keperluan storan berskala besar, dan Series untuk prestasi yang lebih pantas. Kedua-duanya menyokong storan objek dan sambungan rangkaian sehingga 400GB.  Untuk menyokong kerja berpasukan, Synology telah menambah baik alat kolaborasi mereka dengan ciri seperti permintaan fail, kunci fail, dan sejarah versi tanpa had bagi memudahkan pengurusan dan pemulihan data.

Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini 8
Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini 7
Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini 13

Pada masa yang sama, Synology memperkenalkan platform baharu iaitu Synology Chat Plus dan Meet yang menyokong fungsi seperti persidangan video, mesyuarat segera dan seminar. Kedua-dua platform ini akan digabungkan dengan aplikasi pejabat Synology sedia ada dan dilengkapi ciri AI seperti penjanaan kandungan dan ringkasan automatik bagi memudahkan komunikasi harian.

Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini 14
Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini 6
Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini 5

Synology juga menawarkan sistem pemantauan pintar yang membolehkan kawalan CCTV dipusatkan merentasi pelbagai lokasi dengan sokongan konfigurasi dan kemas kini jarak jauh. Sistem ini turut dilengkapi ciri AI seperti pengesanan kenderaan, pengesanan pencerobohan dan carian pantas (Instant Search) yang boleh membantu meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link