Malaysia Oversight

Synology Membatalkan Keputusan Untuk Membenarkan Penggunaan Cakera Keras Jenama Sendiri Sahaja

By Amanz in October 9, 2025 – Reading time 2 minute
Synology Membatalkan Keputusan Untuk Membenarkan Penggunaan Cakera Keras Jenama Sendiri Sahaja


Synology Membatalkan Keputusan Untuk Membenarkan Penggunaan Cakera Keras Jenama Sendiri Sahaja

October 9, 2025
Perkakasan

Nazrin

Synology ialah sebuah jenama pembuat perkakasan storan digital Network Attached Storage yang terkemuka untuk penawaran produk mampu milik dan sistem storan lengkap untuk pelbagai jenis pengguna.

Terkini, Synology dilaporkan telah menarik-balik keputusan tersebut dengan kemaskini kepada perisian DSM 7.3 yang baru sahaja dilancarkan. Jika anda memiliki sebuah NAS Synology yang dijual pada tahun 2025, anda boleh mengemaskini sistem operasi NAS tersebut kepada versi terbaru ini, dan anda akan boleh menggunakan cakera-cakera keras dari jenama lain seperti Seagate dan Western Digital tanpa masalah.

image 30

Pada pertengahan tahun ini, mereka telah membuat satu keputusan aneh dimana untuk produk-produk NAS yang dilancarkan pada tahun ini, pengguna hanya dibenarkan untuk menggunakannya dengan storan cakera keras dari jenama mereka sendiri. Sebelum ini, pengguna boleh memilih untuk menggunakan mana-mana storan lain yang mereka mahukan.

Penggunaan cakera keras jenama lain dikatakan akan menyebabkan sejumlah besar fungsi NAS Synology seperti imbasan kesihatan cakera keras dan lain-lain tidak boleh digunakan, dan ia akan menjadi lebih sukar untuk pengguna mencari punca sekiranya mana-mana cakera keras rosak untuk apa-apa alasan.

Perkara ini telah menyebabkan ramai pengguna Synology untuk mengatakan bahawa mereka tidak akan membeli storan NAS baharu daripada mereka kerana walaupun Synology adalah sebuah jenama NAS yang terkenal, jenama cakera keras mereka adalah dijenamakan semula daripada jenama lain.

Dengan keputusan baru ini, Synology nampaknya mengharapkan bahawa pengguna akan kembali membeli dan menggunakan storan NAS mereka, tetapi samada pengguna setia sebelum ini akan kembali atau tidak tidak diketahui lagi.

Guru3D

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link