Malaysia Oversight

Syeikh Sanusi meninggal dunia – Utusan Malaysia

By Utusan in November 24, 2025 – Reading time 1 minute
Syeikh Sanusi meninggal dunia - Utusan Malaysia


MPENDANG: Kedah kehilangan seorang lagi alim ulama dengan pemergian Syeikh Salleh al Kholidi ke rahmatullah pada pukul 4.25 petang di kediamannya, Kampung Kubang Jelai, Tokai di sini hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, Allahyarham Syeikh , 84, dalam keadaan nazak sejak beberapa hari lepas sebelum menghembuskan nafas terakhirnya akibat sakit tua di sisi anggota keluarga.

“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Nur Salam, Tokai di sini pada pukul 10 pagi esok. Orang ramai dijemput untuk memberikan penghormatan terakhir.

“Kita amat bersedih dengan pemergian ulama yang banyak berjasa kepada umat di daerah dan negeri ini yang sekian lama menabur bakti walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dilahirkan pada 22 Mac 1941, Allahyarham yang terkenal dengan sikap dermawan dibesarkan dalam persekitaran pondok oleh pasangan agamawan Kedah yang mana ibu bapanya juga terkenal dalam kerja-kerja dakwah di sekitar daerah ini. – UTUSAN





Source link