Malaysia Oversight

Syed Badli kecam provokasi luar, gesa siasatan penuh

By MkiniBM in September 11, 2025 – Reading time 1 minute
Syed Badli kecam provokasi luar, gesa siasatan penuh


Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampong Baru merangkap Ketua Cabang Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman mengecam tindakan pihak luar yang didakwa mencetuskan provokasi di tapak pembangunan semula Sungai Baru baru-baru ini.

Menurutnya, insiden itu turut mengakibatkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman cedera ketika cuba menyuraikan kumpulan yang terlibat.

fb17a6bd0503bac03d6d03d529819756

“Isu pembangunan semula Sungai Baru telah sengaja dipolitikkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan mencetuskan ketegangan umum untuk mengecam sedia ada.

“Majoriti yang hadir bukanlah penduduk setempat, sebaliknya orang luar yang termakan hasutan kononnya bertindak zalim mengusir penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Badli berkata, sehingga kini 304 premis sudah bersetuju mengosongkan unit masing-masing secara sukarela dengan pampasan yang setimpal, sementara hanya baki 24 lot masih tertangguh.

38265667ec947af85e1689345fe1deb0

Katanya, Mahkamah Tinggi telah menetapkan 11 Sept 2025 sebagai tarikh pelaksanaan Writ Milikan Kosong kali kedua terhadap baki lot tersebut.

“Namun tindakan pihak berwajib yang mendapat kebenaran mahkamah untuk mengosongkan unit-unit terbabit telah dihalang dengan provokasi,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didakwa menghasut hingga mencetuskan insiden berkenaan.

ec063629bab646ad979bb9259cb82d08

Dalam kejadian hari ini, Suzilme Affendy mengalami kecederaan ketika operasi pengosongan kediaman terhadap penduduk Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur yang enggan berpindah.

Kejadian dikatakan berlaku ketika kekecohan tercetus apabila beberapa penduduk cuba merempuh masuk ke kawasan operasi.



Source link