Malaysia Oversight

Syarikat Sebalik AOL Dan Vimeo Mengambil-alih Eventbrite

By Amanz in December 5, 2025 – Reading time 1 minute
Syarikat Sebalik AOL Dan Vimeo Mengambil-alih Eventbrite


Syarikat Sebalik AOL Dan Vimeo Mengambil-alih Eventbrite

December 5, 2025
Web 2.0

Aman

Bending Spoons agak aktif dalam mengambil-alih sejumlah syarikat teknologi yang gah suatu ketika dahulu, termasuk antaranya adalah AOL, Evernote, WeTransfer, dan juga Meetup. Terbaru, mereka turut mengumumkan pengambil-alihan satu lagi syarikat, iaitu Eventbrite.

Eventbrite

Eventbrite sebelum ini telah diasaskan pada 2006, dan pernah mencapai nilai syarikat sehingga $1.76 bllion ketika penyenaraian awam pada 2018. Bending Spoons mengambil-alih Eventbrite pada nilai sekitar $500 juta.

Pengambil-alihan ini akan menambah lagi portfolio produk mereka, terutamanya memfokuskan pengurusan acara. Pada masa yang sama, ia dijangka akan terus menyumbang kepada angka pengguna lebih tinggi rentas produk yang dimiliki oleh Bending Spoons.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link