
Syarikat Kripto Melabur $200 Juta Pada Syarikat MrBeast
Aman
Syarikat kripto Bitmine kini mengumumkan mereka akan melakukan pelaburan ekuiti sebanyak $200 juta pada Beast Industries. Bitmine mengatakan langkah ini selari daripada pengamatan mereka terhadap Beast Industies dan MrBeast yang kini menghasilkan pelbagai kandungan yang menepati citarasa penonton, disamping turut menjadi saluran YouTube yang paling ramai diikuti di dunia.
Pada pelaburan ini juga, pihak Beast Industries mengatakan akan menggunakan integrasi DeFi oleh syarikat kriptowang ini kepada perkhidmatan MrBeast Financial yang diperkatakan sejak beberapa bulan yang lepas.
Jenama MrBeast sendiri agak besar, dengan penghasilan kandungan untuk Amazon Prime Videos, disamping turut mempunyai produk makanan dan taman tema. Dengan pelaburan baharu ini, sama-sama kita nantikan perkembangan dan pengenalan perkhidmatan kewangan tersendiri oleh pihak MrBeast.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





