Malaysia Oversight

Syarikat konsesi kena faham objektif tangguh naik tol

By MkiniBM in July 25, 2025 – Reading time 2 minute
Syarikat konsesi kena faham objektif tangguh naik tol


Keputusan menangguhkan kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya perlu difahami syarikat konsesi dalam konteks usaha murni Madani untuk meringankan beban rakyat khususnya dalam kalangan B40.

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata walaupun langkah itu memberi kesan kepada aliran tunai syarikat konsesi lebuh raya, dia percaya objektif sebenar akan difahami oleh semua pihak yang terlibat.

“Dari segi model perniagaan memang mereka tidak suka sebab (kenaikan) ditangguhkan kerana sejak awal mereka membuat cadangan perniagaan sudah diambil kira sekali aliran tunai.

“Kita faham dan ini memang tidak dinafikan mengganggu aliran tunai mereka tetapi saya harap mereka faham kenapa buat keputusan seperti ini (iaitu) bagi meringankan beban pengguna jalan raya terutama golongan B40,” katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri terbabit berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan surat setuju terima (SST) program Blackspot dan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung di Kementerian Kerja Raya (KKR).

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Mohd Sakeri Abdul Kadir.

Nanta turut melahirkan penghargaan kepada syarikat-syarikat konsesi yang memberi kerjasama serta memahami keputusan kerajaan membantu rakyat dalam keadaan ekonomi semasa.

Dia berkata kerajaan juga mengambil maklum bahawa syarikat konsesi mempunyai tanggungjawab berdasarkan perjanjian yang dimeterai.

Sebarang pelanggaran terhadap perjanjian itu, katanya, perlu dilihat dari sudut kepentingan mereka.

“Apabila ada pelanggaran pada perjanjian ini, kita kena fahamlah dari sudut mereka sebab mereka meminjam duit pelaburan dan sebagainya dan ia perlu dibayar balik.

“Mereka ada model perniagaan, pulangan ke atas pelaburan (ROI), maka kita kena faham itu adalah tanggungjawab besar mereka. Jadi, apa sahaja kebaikan untuk semua, maka semua pihak sepatutnya bekerjasama,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Ibrahim mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya termasuk Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL- (MEX).

Mengenai program blackspot yang dilaksanakan KKR, Nanta berkata, ia berjaya mengurangkan kadar kemalangan antara 25 hingga 60 peratus, dan sebanyak RM37 juta diperuntukkan tahun ini bagi membaik pulih dan melaksanakan tindakan mitigasi di kawasan berisiko tinggi berlaku kemalangan di seluruh negara melibatkan dua fasa.

“Ini bukan sahaja membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda tetapi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya secara keseluruhan,” katanya.

Nanta berkata daripada RM37 juta yang diperuntukkan, sebanyak RM27.1 juta telah dibelanjakan melibatkan 76 kerja pembaikan di 11 negeri iaitu Kedah, Negeri Sembilan, , Perak, Pulau Pinang, , Terengganu, Johor, Perlis, Melaka dan Pahang.

Dalam pada itu, Nanta berkata pemasangan lampu jalan di bawah program blackspot tidak melibatkan keseluruhan laluan, sebaliknya hanya tertumpu kepada kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi kemalangan berisiko tinggi.

Bernama



Source link