Malaysia Oversight

Syarikat Induk Google Kini Menjadi Syarikat Ke-4 Dengan Nilai Pasaran Melangkaui $3 Trilion

By Amanz in September 15, 2025 – Reading time 1 minute
Syarikat Induk Google Kini Menjadi Syarikat Ke-4 Dengan Nilai Pasaran Melangkaui $3 Trilion


Syarikat Induk Google Kini Menjadi Syarikat Ke-4 Dengan Nilai Pasaran Melangkaui $3 Trilion

September 15, 2025
Google

Aman

Peningkatan nilai saham sesuatu syarikat turut sekaligus membawa kepada peningkatan nilai syarikat tersebut secara keseluruhan. Terbaru, dengan peningkatan nilai saham Alphabet kebelakangan ini, syarikat induk disebalik Google kini menjadi syarikat ke-4 di dunia yang mencatatkan nilai pasaran syarikat melangkaui $3 trilion.

Alphabet 3 Trilion

Sebelum ini, antara syarikat yang telah mencapai dan melangkaui nilai berkenaan adalah NVIDIA, Microsoft dan . Untuk makluman, NVIDIA kini bernilai lebih $4 trilion, selari dengan perkembangan arena kecerdasan buatan yang bergantung kepada cip keluaran NVIDIA.

Google sebelum ini telah berjaya mengelak syarikat mereka perlu dibahagikan atas dasar monopoli, sekaligus membolehkan mereka terus beroperasi termasuk memiliki pelayar web Google Chrome seperti sebelum ini. Kini, selari keputusan mahkamah, nilai saham Google terus meningkat – apatah lagi dengan penawaran kecerdasan buatan Google juga turut mula menerima angka pengguna tinggi dari hari ke hari.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link