Malaysia Oversight

Syarikat air Kelantan berhutang RM61 juta dengan TNB setakat Jun

By MkiniBM in August 11, 2025 – Reading time 1 minute
Syarikat air Kelantan berhutang RM61 juta dengan TNB setakat Jun


PARLIMEN l Syarikat pembekal air negeri, Air Sdn Bhd (AKSB), berhutang kira-kira RM61 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi bil elektrik yang belum dijelaskan setakat 30 Jun tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Fadillah Yusof, dalam jawapan Parlimen kepada soalan Zahari Kechik (PN-Jeli) pada 7 Ogos lalu.

Menurut menteri, rekod menunjukkan terdapat 492,174 akaun TNB di yang mempunyai tunggakan bil setakat tarikh tersebut, dengan jumlah keseluruhan hutang mencecah RM229 juta.

“Daripada jumlah ini, tunggakan tertinggi adalah daripada pengguna domestik sebanyak 411,780 akaun dengan jumlah tunggakan RM114 juta.

“Ini diikuti dengan pengguna bukan domestik (komersial dan industri) sebanyak 80,196 akaun dengan jumlah tunggakan RM53 juta.

“Manakala baki tunggakan adalah daripada Syarikat Air Sdn Bhd (AKSB) sebanyak 198 akaun dengan jumlah tunggakan sebanyak RM61 juta,” katanya.

Zahari meminta menteri itu memberikan jumlah akaun pengguna di Kelantan yang masih mempunyai tunggakan bil dengan TNB sejak tahun lalu hingga kini.

Menurut Fadillah, jumlah tunggakan keseluruhan menurun sebanyak RM4.33 juta berbanding 31 Disember tahun lalu.

Dia menambah, beberapa faktor dikenal pasti menyumbang kepada masalah itu, termasuk kegagalan pemilik premis memindahkan akaun elektrik kepada penyewa, yang menyebabkan peningkatan bil tertunggak bagi kategori domestik.



Source link