Malaysia Oversight

SUV Terbesar Dari Smart – Smart #5 Diperlihatkan

By Amanz in May 9, 2025 – Reading time 2 minute
SUV Terbesar Dari Smart – Smart #5 Diperlihatkan


Automotif

SUV Terbesar Dari Smart – Smart #5 Diperlihatkan

May 8, 2025

Nur Amzari

Smart juga tidak terlepas untuk menunjukan model terbaru mereka di Malaysia Autoshow 2025. Kali ini mereka membawa Smart #5 yang merupakan kereta EV paling besar dan paling berkuasa di antara semua model Smart.

IMG 20250508 104745373 copy 1280x964

Walaupun rekaan Smart #5 ini nampak sedikit berbeza dengan model sebelum ini ia masih lagi mengekalkan identiti Smart. Contohnya, rekaan lampu depan dan belakangnya, masih lagi ada identiti Smart namun ada beberapa elemen ditambah seperti empat panel lampu yang membentuk seperti garis putus-putus.

IMG 20250508 104429998 copy 1280x960
IMG 20250508 104854166 copy 1280x964

Buat masa ini, tiada spesifikasi penuh untuk Smart #5 untuk pasaran Malaysia. Malah di Malaysia Autoshow ini, pihak Smart mempamerkan model Smart #5 dari pasaran . Di pasaran luar, Smart #5 ditawarkan dengan varian Pro. Ia menggunakan satu motor yang dapat menghasilkan kuasa 250kW/ 335HP dengan 373Nm tork. Dalam masa 6.9saat ia boleh memecut dari 0-100km/h. Bateri sebesar 76kWh 400V LFP dimuatkan yang dapat memberikan jarak perjalanan sejauh 465km WLTP. Pengecasan DC mengambil masa sekitar 30 minit dari 10%-80% dengan kuasa 150kW.

Selain varian Pro, ia juga hadir varian premium yang lebih berkuasa dengan bateri sebesar 100kWh NMC ditambah dengan 800V platform. Bateri sebesar itu memberikan jarak perjalanan sehingga 590km WLTP dan pengecasan hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari 10% hingga 80% dengan pengecasan DC 400kW.

IMG 20250508 124643666 copy 1280x720

Smart #5 ini juga dilimpahi dengan pelbagai teknologi untuk bahagian dalamannya. Ia mempunyai 25.6” HUD, 10.25” FHD kluster  instumen digital dan dua 13” skrin OLED di bahagian tengah.  20 Sistem pembesar suara dari Sennheiser digunakan untuk memberikan pengalaman yang lebih immmersif. Kesemua sistem di bahagian dalaman kereta ini dikuasakan oleh cip AMD V2000.

IMG 20250508 183110262 copy 1280x720

Smart #5 ini sememangnya kelihatan sangat impresif dengan kebolehan dan ciri-ciri yang melimpah namun masih lagi menjadi tanda tanya varian yang manakah akan dibawa ke pasaran Malaysia pada masa akan datang.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link