Malaysia Oversight

Suspek tembak Sungai Golok lakukan serangan bersama adik

By TheSun in November 3, 2025 – Reading time 1 minute
spot_img


Polis dedahkan suspek tembakan di Sungai Golok lakukan serangan bersama adik yang masih bebas, kedua-dua dianggap berbahaya.

KOTA BHARU: Suspek yang menembak mati seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, Thailand, pada Sabtu lepas melakukan serangan itu bersama adiknya.

Ketua Polis Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata berdasarkan maklumat, selepas serangan adiknya melarikan diri dan masih bebas.

Beliau berkata kedua-dua mereka dianggap berbahaya kerana mampu menggunakan senjata api dan menembak mangsa dengan kejam.

Maklumat yang diperoleh daripada polis Thailand menunjukkan suspek utama ditahan selepas menyerah diri kira-kira 6 petang waktu tempatan Thailand semalam.

Polis sedang menyiasat mengenai dakwaan suspek dikatakan mempunyai dua kerakyatan.

Mohd Yusoff berkata polis tidak mempunyai rekod melibatkan suspek di Malaysia namun akan melakukan siasatan lanjut berpandukan maklumat yang bakal diperolehi.

Buat masa sekarang pihaknya sedang menunggu maklumat daripada polis Thailand termasuk latar belakang suspek.

Polis turut mengetatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand termasuk melakukan sekatan jalan raya bagi mengesan adik suspek.

Suspek yang juga bekas pemain import pasukan bola sepak telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam.

Seorang lelaki rakyat Malaysia ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat. – Bernama


Post Views: 1



Source link