NARATHIWAT (THAILAND): Bekas penjaga gol pasukan bola sepak Kelantan FA pada 2019 yang merupakan suspek utama kejadian melepaskan tembakan ke arah seorang rakyat Malaysia sehingga maut di Sungai Golok, memiliki dua kerakyatan. Komander Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Charoen Khet, Mukim Sungai Golok pada pukul 6 petang kelmarin. Katanya, dalam serbuan itu, polis turut…






