Malaysia Oversight

Suspek serah diri kepada polis Thailand

By MkiniBM in November 3, 2025 – Reading time 1 minute
Suspek serah diri kepada polis Thailand


Suspek kes tembak seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, Narathiwat pada Sabtu lepas, yang juga bekas pemain import pasukan bola sepak , telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam.

Ketua Polis Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya dimaklumkan secara tidak rasmi tentang penyerahan diri suspek berumur 31 tahun itu kepada pihak berkuasa Thailand.

“Berkaitan suspek, setakat ini saya diberitahu secara tidak rasmi bahawa suspek terbabit telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam.

“Kita masih menunggu laporan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung penangkapan suspek tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia berkata kes terbabit akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak berkuasa Thailand memandangkan kejadian berlaku di wilayah itu dan suspek merupakan warganegara Thailand.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek pernah beraksi sebagai penjaga gol pasukan FC pada 2019 selepas mewakili skuad Piala Presiden Kelantan pada 2014,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat.

-Bernama



Source link