Malaysia Oversight

Suspek kes tikam tak pernah luah perasaan pada mangsa

By MkiniBM in October 15, 2025 – Reading time 1 minute
Suspek kes tikam tak pernah luah perasaan pada mangsa


Suspek yang menikam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Petaling Jaya semalam tidak pernah menyatakan perasaan cintanya terhadap mangsa, kata Ketua Polis , Shazeli Kahar.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, polis percaya suspek menyimpan perasaan terhadap mangsa namun tidak pernah meluahkannya.

“Setakat siasatan hingga kini, kita percaya suspek mempunyai perasaan kepada si mati tapi tidak dikongsikan kepada si mati.

“Ini lebih kepada memendam perasaan,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

819bc705324124ac9db3bc8cf6169786

Apabila ditanya jika mangsa mengenali suspek berusia 14 tahun itu, Shazeli menjelaskan kedua-duanya berada dalam kelas dan kumpulan umur berbeza dan dipercayai tidak pernah berinteraksi antara satu sama lain.

Semalam, laporan media menyebut aspek cinta tidak berbalas merupakan antara sudut siasatan dalam kes tikaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shamsudin Mamat pula berkata dakwaan berhubung motif tersebut mula tular di media sosial.

“Perkara itu turut berada dalam sudut siasatan pihaknya namun perlu diteliti lanjut.

c55cda1ebad42e4ff54cbe695d71b0a7

“Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh. Namun apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu,” katanya.

Suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi telah direman sehingga 21 Oktober bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memaklumkan kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat insiden berkenaan.

Katanya, pasukan kaunselor sudah digerakkan untuk memberi sokongan psikososial kepada seluruh komuniti sekolah terbabit.



Source link