Suspek remaja lelaki berusia 14 tahun yang menikam rakan sekolahnya berusia 16 tahun sehingga maut di Bandar Utama pada 14 Okt lepas didakwa di mahkamah hari ini.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan secara tertutup di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya.
Bagaimanapun, media melaporkan tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Identiti tertuduh dirahsiakan kerana ini adalah kes juvana.
Seksyen 302 memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, serta 12 sebatan rotan jika sabit kesalahan.
[Berita penuh menyusul]






