Malaysia Oversight

Suspek kes tembak mati Sg Golok bekas pemain import bola Kelantan

By MkiniBM in November 2, 2025 – Reading time 1 minute
Suspek kes tembak mati Sg Golok bekas pemain import bola Kelantan


Suspek kes tembak mati seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Narathiwat, malam tadi adalah bekas pemain import bola sepak , kata ketua polis negeri Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata mangsa yang ditembak pula ialah Mohd Fuad Fahmie Ghazali berusia 33 tahun.

Mohd Yusoff berkata maklumat berkenaan diperolehi menerusi hasil siasatan dalaman pihaknya.

“Kita percaya suspek juga memiliki dua kerakyatan tetapi siasatan lanjut akan diteruskan. Setakat ini, kita belum menerima gambar suspek daripada pihak berkuasa Thailand.

“Polis turut memperketat kawalan dan membuat sekatan jalan raya bagi mengesan suspek yang kemungkinan lolos ke negara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Berkaitan motif kejadian, Mohd Yusoff menyerahkan kepada pihak polis Thailand untuk menjalankan siasatan.

Beliau berkata Mohd Fuad Fahmie didapati masuk ke Thailand pada 1 Nov menggunakan sempadan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa turut memiliki empat rekod kesalahan berkaitan dadah sejak 2020,” katanya.

Terdahulu, Bernama melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, malam tadi.

Jenazah Mohd Fuad Fahmie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Apam, Apam Putra, Pasir Mas pada 2.30 petang tadi.

– Bernama



Source link