Malaysia Oversight

‘Surat layang burukkan Hamzah cetus persoalan siapa di belakangnya’

By MkiniBM in September 3, 2025 – Reading time 2 minute
'Surat layang burukkan Hamzah cetus persoalan siapa di belakangnya'


Bersatu memandang serius dakwaan penyebaran surat layang yang memburukkan timbalan presidennya, Hamzah Zainudin, seperti yang didedahkan oleh Ketua Bersatu Hang Tuah Jaya, Mohd Azrudin Md Idris beberapa hari lalu.

Bagaimanapun kata Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, mendakwa dia belum menerima sebarang surat layang berkenaan.

6d5664668ca29e5a9c0192aab5ea4d49
Tun Faisal Ismail Aziz

“Saya sendiri tidak terima sebarang surat layang jadi susah nak komen.

“Dakwaan di dalam surat layang yang dipanjangkan oleh saudara itu berat dan perlu dipastikan kebenarannya,” katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Tun Faisal diminta mengulas kenyataan Mohd Azrudin yang mendakwa surat layang berkenaan muncul beberapa hari lalu menjelang Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang dijadualkan pada 6 hingga 7 Sept ini.

Dia mendakwa surat layang itu tular melalui beberapa kumpulan WhatsApp Bersatu dengan menggunakan nombor telefon tempatan dan juga dari Thailand.

“Semua surat layang itu ada hanya satu mesej, iaitu memburukkan Timbalan Presiden Bersatu Hamzah.

e8b4bfc156282b065ca35103183922ca

“Dari satu sudut, surat-surat layang ini membayangkan betapa ketokohan timbalan presiden Bersatu begitu kuat sehinggakan beliau perlu diserang bertubi-tubi oleh pihak lawan.

“Tetapi dari satu sudut lain, ia menimbulkan persoalan mengenai siapakah dalang di sebalik penyebaran surat layang itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan surat layang yang dilihat Malaysiakini, penulis surat berkenaan menuduh Hamzah mempunyai agenda untuk menjatuh Presiden Bersatu, Yassin.

Surat layang itu juga mendakwa Hamzah sebagai “broker” yang menggerakkan cadangan bagi menubuhkan Majlis Eksekutif PN.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata tindakan sebegitu hanya dilakukan oleh ‘pondan’ yang bacul.

Katanya, penyebaran surat layang ketika mana parti bakal menghadapi PAT adalah satu budaya tidak sihat kepada Bersatu.

Sebaliknya kata Wan Ahmad Fayhsal jika wujud sebarang pertikaian ataupun perbezaan pandangan disuarakan melalui mesyuarat parti.

f1bf13530d41674909a7dd91c8935f10
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

“Penularan surat layang ini sebenarnya sesuatu perkara amat tak sihat dalam parti Bersatu apatah lagi menuju ke PAT. Sepatutnya sebarang pertikai atau perbezaan pandangan diselesaikan dalam mesyuarat.

“Ini masalahnya ada pihak mengupayakan penulis upahan, penulis upahan ini pula seolah dapat lesen besar untuk menyerang sesiapa yang dianggap pengkhianat kepada institusi presiden, ini jijik dan kotor.

“Pandangan sesiapa berhak beri pandangan, ini demokrasi, tak perlulah serang dengan cara pondan,” katanya kepada Malaysiakini.



Source link